-
Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a.Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban
-
Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil
-
Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu
-
Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah
-
Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.Shahid Yang Hidup
-
Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.Perajurit Allah Pengiring Rasulullah
-
Abdul Rahman bin Auf r.a.Orang Yang Berniaga Dengan Allah
-
Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah
-
Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.Orang Kepercayaan Ummat Ini
-
Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
Hadis Nabi berkaitan ialah maksudnya
10 orang ini bukanlah menunjukkan bahawa mereka sahaja yang dijamin
masuk syurga , walhal banyak hadis-hadis lain yang sahih yang
menunjukkan bahawa begitu ramai para sahabat (ra ) dan umat Islam yang
dijanjikan syurga. Sebagai contohnya : Saidina Bilal Bin Rabah (ra)
sendiri telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau
(ra) merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya ( air
sembahyangnya ) di dalam jangkamasa yang lama. Saidina Abu Darda’ (ra)
juga digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana
hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang
hasad-dengki terhadap sesama manusia. Saidina ‘Ukasyah (ra) juga
digelar sebagai ahli syurga. Menurut hadis , umat Rasulullah s.a.w yang
dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah sebanyak 70 ribu orang
( Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh ). Manakala di dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie (rh) pula dijelaskan bahawa
ahli-ahli syurga kesemuanya berjumlah 120 ribu barisan dan 80 ribu
barisan daripada 120 ribu barisan itu adalah terdiri daripada umat
Saidina Rasulullah s.a.w. Perlulah kita fahami , andainya golongan yang
dijanjikan syurga ini tanpa hisab, kebanyakannya daripada kalangan
sahabat (ra) dan mereka yang mati syahid di jalan Allah Ta’ala, maka
betapa pula dengan golongan isteri-isteri Rasulullah s.a.w ?, walhal
mereka sendiri telah menunjukkan jasa yang terlalu besar dan
pengorbanan yang tiada taranya di dalam memperjuangkan Islam ini.
Sumber: http://www.al-ahkam.net
No comments:
Post a Comment