Galloway kritik larangan pakai hijab di Parlimen Britain
LONDON: Kekangan baru terhadap hijab dipakai wanita Islam di Dewan Rakyat Britain dikritik ahli Parlimen, George Galloway semalam.
Galloway yang mewakili kawasan barat Bradford dan mempunyai populasi besar pelbagai etnik berkata, peraturan itu akan mendiskriminasi wanita Islam.
Peraturan bagi setiap orang yang bekerja di Parlimen menetapkan: “Anda perlu membuka sebarang penutup yang menutup muka.”
Galloway berkata: Semua orang tahu perlunya kawalan keselamatan. “Namun, peraturan ini seperti satu paksaan dan mengelirukan saya. Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama dan perlu sensitif mengenainya,” katanya.
Bagaimanapun, seorang ahli Parlimen berkata, ia mungkin lebih baik untuk pelawat: “Ia mungkin lebih baik jika mereka disapa seseorang dengan wajah yang dapat dilihat dengan jelas,” katanya. - DM

No comments:
Post a Comment