2 MP PAS berjaya tuntut gantirugi kes BERSIH 2.0
Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penahanan dua Naib Presiden PAS
Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0
dilakukan secara salah.
Keputusan itu dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam memandang Dr Prasad kini ditugaskan di mahkamah tersebut.
Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi Malaysiakini berkata kedua-dua pemimpin PAS itu memfailkan tuntutan sivil meminta gantirugi kepada Kerajaan Malaysia dan PDRM ke atas penahanan salah terhadap mereka sewaktu perhimpunan itu.
Tuntutan itu difailkan pada 8 Ogos 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kedua-dua pemimpin dan ahli parlimen PAS itu diwakili oleh empat peguam iaitu Zulhazmi Shariff, Faiz Fadzil, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan.
Mereka memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan pegawai polis yang menangkap mereka Inspektor Mohd Zaid Madzizat.
Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Mereka sebelum ini mendakwa penahanan mereka di KL Sentral ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak sah kerana dilakukan di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.
Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang. Sepanjang penahanan pihak polis tidak mengambil apa-apa keterangan dan juga tidak diberitahu sebab-sebab penahanan mereka.
No comments:
Post a Comment