Perjanjian dengan Syarikat Taliworks Langkawi merugikan
Di
zaman BN, Taliworks dilantik sebagai operator air Langkawi dengan
kontrak sehingga 2020. Terma perjanjian sangat merugikan kerajaan negeri
kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA)
mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter
padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.80
untuk satu meter padu air. Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin
meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian.
Penswastaan kepada Taliworks menyebabkan Kerajaan terpaksa membayar RM25 juta setahun sedangkan hasil hanya RM14.0 juta sahaja.
Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25 juta, bermakna RM125 juta untuk lima tahun.

Penswastaan dengan
perjanjian yang berat sebelah hanya menguntungkan kontraktor yang
dilantik Taliworks Langkawi Sdn.Bhd (TLSB) semasa Osman Arof menjadi MB,
ada berapa perkara yang meragukan dalam terma perjanjian penswastaan
tersebut.
1. Dengan kadar harga yang tinggi RM1.80 satu meter padu yang di caj kepada kerajaan sekarang (SADA) padahal kadar yang dicaj :
tarif demostik hanya antara RM0.50- RM1.30 sahaja
tarif perniagaan hanya antara RM1.40 - RM1.80
Maknanya kerajaan terpaksa membayar lebihan daripada yang dicaj kepada pengguna kepada TLSB .
2. TLSB akan
memproses air mentah di loji hakmilik kerajaan dan mengepam ke Tangki
Graviti kemudian air bersih dicaj pada meter utama di paip turun utama
selepas Tangki graviti jadi setiap meter padu akan dimeterkan tanpa
sebarang kehilangan. Kemudian akan dicaj kepada SADA jadi segala
kehilangan selepas meter akan ditanggung oleh kerajaan. Kadar kehilangan
Air (NRW) di Langkawi antara 38% -48% jadi jumlah kehilangan ini
semuanya akan ditanggung oleh SADA.
Apabila sesuatu
perjanjian penswastaan tentu kita merasakan dapat perkhidmatan yang
cekap & efisan jadi tidak masuk akal NRW masih lagi tinggi yang
terpaksa ditanggung oleh SADA...dari segi standard sepatutnya NRW
sekitar 12% - 15% selepas penswastaan.
3. Segala kerosakan peralatan, paip dan perkhidmatan akan dicaj lagi kepada SADA.
4. Segala kemudahan Asas Loji, paip adalah hakmilik kerajaan maknanya
TLSB hanya menyediakan pekerja, bahan kimia dan pengurusan sahaja.
Berita Berkaitan
Kerajaan tanggung rugi angkara penswastaan terdahulu
ALOR SETAR -
Taliworks Sdn. Bhd. Langkawi dan Air Utara Indah Sdn. Bhd. adalah dua
buah syarikat yang mendapat projek merawat air yang kontraknya berakhir
pada 2020 oleh kerajaan terdahulu.
Demikian didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Dato’ Adzmi Haji Din dalam temubual dengan Warta Darul Aman.
Bagi Langkawi, katanya, untuk tahun 2009 kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM39 juta kepada Taliworks sedangkan kutipan hanya RM14 juta sahaja. Bermakna kerajaan terpaksa top up RM25 juta.
“Begitu juga dengan Air Utara Indah, berdasarkan caj 18 sen bagi satu meter padu kerajaan terpaksa menanggung kerugian nilai air tidak berhasil sebanyak 48 peratus dan kerajaan tidak mendapat apa-apa hasil dari projek ini,” ujarnya.
Mengenai SADA, beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah mengkorporatkan operasi bekalan air daripada Jabatan Bekalan Air (JBA) kepada SADA pada 1 Januari 2010, bukan diswastakan seperti yang dilakukan kerajaan dahulu dengan Taliworks dan Utara Indah.
Kedah mempunyai lima empangan yang membekalkan air mentah untuk domestik dan pertanian iaitu Empangan Muda, Pedu, Ahning, Beris dan Bukit Malut di Langkawi.
Menurut Dato’ Adzmi, Pulau Pinang dan Perlis turut menggunakan air percuma dari empangan yang terdapat di Kedah dengan cara air dari Empangan Beris dilepaskan ke Sungai Muda untuk Pulau Pinang dan Perlis menyedutnya dari sungai di Kodiang.
Katanya, untuk urusan memproses air Kedah mempunyai 39 takungan imbangan, 244 takungan rawatan dan 75 tangki pam sedut.
Semua bekalan air disalurkan melalui sistem akaun bermeter dan statistik bagi tahun lalu untuk industri sebanyak 46,172 akaun, domestik 451,405 akaun dengan jumlah keseluruhan 497,578 akaun dan jumlah Bulk Rate 1.
Keseluruhan keperluan air Kedah ditampung oleh 33 buah loji termasuklah 23 milik SADA dengan kapasiti 480 mld (million liter per day – juta liter sehari), Taliworks Langkawi mempunyai lima buah dengan keupayaan 87 mld dan Air Utara Indah sebanyak lima buah dengan kapasiti 641 mld.

http://pkrl.blogspot.com/2012/12/panas-kerana-kebodohan-dan-kroni.html
No comments:
Post a Comment