Mungkin
masih ramai mengingati Maimun Yusof atau 'Tok Mun', warga emas yang
mencabar jagoan PAS Mohamad Sabu dan calon BN (Allahyarham) Datuk Razali
Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum
2008.Sekalipun tewas dan hilang deposit pada pilihan raya umum itu, nenek berusia 93 tahun ini menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi pada pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa.
"Kalau
Tok menang, Tok nak jaga hati rakyat yang menyokong Tok. Orang-orang
susah, Tok nak bagi rumah kepada mereka," katanya ketika ditemui Bernama
di rumahnya di Jalan Panji Alam di Kuala Terengganu.Beliau bagaimanapun sedar hasratnya untuk bertanding sekali lagi mungkin sukar menjadi kenyataan kerana faktor kewangan selain tiada siapa mahu menjadi pencadang dan penyokongnya.
Pada pilihan raya umum 2008, Maimun yang menjadi calon tertua, mengaku kepada media beliau mengeluarkan simpanan Tabung Haji untuk membayar deposit bagi melayakkannya bertanding.
Beliau cuba bertanding pada empat pilihan raya umum sebelum itu namun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak memenuhi syarat.
Mengulas lanjut, Maimun juga berpandangan beliau mungkin sukar untuk menang jika hasratnya bertanding lagi menjadi realiti, kerana "penyokong Umno dan BN semakin ramai".
Dilahirkan
pada 1919, Maimun yang tinggal di sebuah rumah usang bersama beberapa
orang cucu, jelas masih kuat dan sihat dengan deria penglihatan dan
pendengaran yang baik.Pada pilihan raya umum 2008, Maimun hanya memperolehi 685 undi. Kerusi parlimen itu dimenangi Razali dengan 32,562 undi, sementara Mohamad menerima 31,934 undi.
Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Januari 2009 susulan kematian Razali, Maimun memutuskan untuk tidak bertanding kerana faktor kewangan.
Kerusi itu dimenangi calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi mengatasi calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam meraih hanya 193 undi.
-Bernama
No comments:
Post a Comment