Friday, 7 December 2012

Pasai pa NAT TOK JALAI kena pindah.. Siapa nak jawab nie..???

 


Assalamualaikum. Apa cerita dgn Nat Tok Jalai, Jitra ni...tetiba ja nak kena pindah. Seingat saya dari kecik2 lagi nat tu dah ada. Memang terkenai nat ni selain di Kelang Kecik Pendang. Hampir 99.9% orang Islam Melayu dok menega kat situ.

Sebenarnya nak bagi laluan kat sapa...projek peremahan kat sebelah tu ka atau atau aduan dari penduduk setempat hinggakan pihak MDKpasu ambik tindakan sampai macam tu sekali?

Kalau kita tengok, bukan saja para peniaga yang dapat mencari rezeki disitu. Malah pihak PIBG Sekolah Tunku Anum pun tumpang mendapat rezeki dengan adanya nat ini. Saya anggarkan tak kurang dari RM500 setiap minggu pihak PIBG ni dapat kutip duit parking. Cuba kita kali tengok : 1 minggu : RM500 X 1 = RM500, 1 Bulan : RM500 X 4 = RM2000, Setahun RM500 X 52 = RM26000. Ini baru satu pihak yang mendapat tempias sampingan yang dapat kita buat anggaran keuntungan yg diperolehi. Dengan duit ni la pihak PIBG dapat merancang program pendidikan yang dapat meningkatkan tahap pendidikan anak2 kita yang mengaji disitu.

Kalau nak kira anggaran pihak yang meniaga secara langsung kat situ...saya tak reti nak kira sebab sudah tentu lebih besar dari kiraan anggaran diatas. Dengan keuntungan inilah depa puak menega ni akan balik sara anak2 depa yang entah berapa ribu orang.

Mai kita tengok sejarah sikit dalam negeri kita dalam bab nat/pasar malam ni. Sapa masih ingat Pasar Malam Sungai Petani. Pasar malam yang sangat terkenal hinggakan pada masa tu pasar malam ni dapat masuk dalam kalendar/taqwim pelancongan negeri Kedah. Malah pihak pengusaha pelancongan juga memasukkan pasar malam tu sebagai aturcara tetap dalam promosi depa. Akhirnya apa jadi....pasar malam ni diarahkan pindah. Tak jauh pun sebrang jalan balik jalan keretapi saja. bermula detik tersebutlah kemasyhuran pasar malam sedikit demi sedikit telah hilang dan berkubur diakhirnya. La ni kalau kita tanya generasi baru,,,depa pun tak tau Pasar Malam Sg Petani yang begitu masyhur satu masa dahulu.

Saya jangka, ini juga akan berlaku pada Nat Tok Jalai, Jitra. Kegemilangan nat ini akan hilang ditelan masa. Apa pun alasan pihak MDKPasu...saya nak katakan bahawa tindakan ini hanyalah TINDAKAN PERANCOQ / MERONYEH / apatah lagi dah dekat2 PRU13 ni. Pas Kubang Pasu Jitra tolong tengok sama benda ni.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts