Wednesday, 5 December 2012

Mahkamah dapati pensyarah layak terima kenaikan pangkat




Abdul Halim Mohamed
 
ALOR SETAR 5 Dis. - Seorang pensyarah hari ini berjaya dalam tuntutan samannya di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM) yang didakwa menghalang kenaikan pangkatnya sebagai pensyarah kanan, empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa Dr. Abdul Halim Mohamed, 44, selaku plaintif berhak memegang jawatan tersebut sejak Jun 2008.
''Berasaskan kepada surat yang diterima oleh plaintif, plaintif sepatutnya diberikan kenaikan pangkat kepada jawatan pensyarah kanan apabila syarat yang ditetapkan dipenuhi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts