Tersebar
seluruh negara tentang kisah semalam, di mana pemerintah yang berpayung
dibawah parti bernama Umno akhirnya tidak dapat membendung resah lagi,
menggunakan kekerasan dan sikap biadap untuk menghentikan kemaraan
lawannya dalam demokrasi, dan susuk yang dibencinya sejak sekian lama
iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.
Ribuan
mata menjadi saksi, bagaimana lemahnya Pemuda Umno, disebalik provokasi
ganas dan maki hamun jelek yang dilontarkan, berselindung di sebalik
kekerasan untuk melunturkan semangat rakyat terbanyak, mencari saki baki
kebenaran setelah segenap ruang maklumat ditutup oleh pemerintah dek
kerana bimbang kuasa yang dijulang rebah sebelum sempat semua kekayaan
negara dipunggah keluar.
Lalu
anak muda pasti tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang diperjuangkan
oleh Umno selama ini? Apakah makna pembelaan yang dilaung-laungkan
terhadap bangsa , agama dan negara yang mereka laung-laungkan lebih
separuh abad yang lalu, sekiranya pembelasahan terharap rakyat awam
menjadi kayu ukur kematangan mereka. Apakah Umno melalui syaap Pemuda
bertujuan menghidupkan semuala Pemuda Tahan Lasak yang menjadikan
kekerasan sebagai modus operandi mereka untuk terus merajai pemerintahan
negara?
Kejadian
di Gombak hanyalah rentetan kebiadapan dan kebodohan Umno yang telah
sekian lama dihidangkan dalam pinggan politik sejak merdeka lagi. Selama
tempoh waktu itu, kita hanya menjamah kebiadapan dan kebodohan Umno
tanpa banyak bicara, disogok dengan kenyataan palsu bahawa kita wajar
bersyukur atas kewujudan Umno sebagai sang pemerintah di negara ini.
Namun,
kebangkitan minda tidak sekali-kali bisa ditahan dengan kekerasan dan
ugutan, bilamana anak muda tidak lagi bergantung dan mengampu punggung
pemerintah, daya mandiri yang melonjak pasti akan menolak pembodohan
segera keluar dari keselesaannya. Waktu itu telah tiba tepat pada saat
yang diperlukan, anak muda telahpun sedar bahawa Umno adalah nanah yang
perlu segera dicuci bagi menyembuhkan luka moral dan maruah yang sekian
lama kita deritai.
Kelab
Anwar Ibrahim (AIC) tertanya-tanya, adakah sebenarnya apabila kita
tidak berpaksi kepada Umno, maka dengan segera masyarakat itu akan
dianggap sebagai warganegara kelas kedua dan tidak mempunyai hak untuk
menikmati segala yang dijamin terhadapnya didalam perlembagaan? Apakah
dengan memakai baju berlambang keris dan dacing, maka segala hukum kanun
yang dijunjung sekian lama menjadi tidak lut, sekaligus membenarkan
segala jenayah dan kekerasan menjadi halal untuk dilaksanakan?
Kerana
hakikat yang dilihat mutakhir ini mendorong minda untuk berfikiran
demikian, bahawa seolah-olah menjadi warganegara terpilih sekiranya yang
melakukan itu Umno Barisan Nasional, dan yang mempertahankan diri pula
dilihat sebagai pengancam dan harus segera dihukum sebagai tanda
kemenangan moral mereka yang menzalimi.
Maka
apakah jalan yang tinggal untuk kita? Jalan yang paling baik bukanlah
mewujudkan konfrantasi antara warganegara yang baik dengan ahli politik
yang jahat. AIC percaya yang perlu wujud adalah kepedulian tentang
kebebasan, anak muda perlu ikut campur dan tidak diam. Kali ini kita
masuk campur. Kali ini kita bertindak balas. Namun AIC juga percaya
kebebasan tidak akan dicapai secara mudah, AIC tahu benar tidak akan ada
kebebasan yang mampu dicapai berseorangan,
Justeru
menebar angan-angan untuk hidup dalam negara yang lebih baik tidak
menjadikan kita berdosa. Sebagai anak muda yang telah dinyalakan pelita
pencerahan, maka wajarlah kita bangun dan mula berlari untuk merebut hak
kita. Tetapi waspada dengan kebarangkalian kita kehilangan sesuatu,
dalam mendapatkan sesuatu yang lain ini. Risiko tetap wujud, namun andai
tangan tidak menggapai, masakan akan tergenggam hasilnya.
Generasi
kitalah yang menggerakkan zaman ini. Generasi kitalah yang akan memberi
warna kepada dunia yang akan dinikmati oleh generasi akan datang,
sebelum kita dipersoal dan dipertanggungjawabkan akan kegagalan kita
menyediakan ruang kebebasan yang secukupnya, untuk mereka yang
seterusnya mengkaryakan angan-angan mereka, menjadi sebuah kehidupan
yang tumbuh tinggi di atas lantai realiti.
Anak muda harus bangkit, kerana mereka yang zalim itu sedang menginjak-injak maruah dan hak kamu
Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
AICMalaysia
No comments:
Post a Comment