Akhbar theguardian melapurkan
bahawa Raja Abdullah pemerintah Saudi Arabia telah menempah keretapi
peribadi berkelengkapan mewah yang akan membawa rombongan diraja antara
dua bandar suci Mekah dan Madinah. Keretapi VIP mewah tersebut sedang
dibina oleh konsortium Saudi-Sepanyol. Nampaknya kerajaan diraja saud
mengambil kesempatan membeli keretapi peribadi tersebut dengan mengambil
kesempatan projek keretapi laju yang kos keseluruhannya USD9.2B untuk
kemudahan jemaah haji yang menghubungkan dua bandar suci tersebut dan
Jeddah, pintu masuk jemaah haji.
Mengikut lapuran syarikat konsortium tersebut, rekabentuk diraja bagi
gerabak VIP yang terdiri dari 13 gerabak akan disadurkan emas. seperti
dilapurkan constructionweekonline.com bahawa mereka telah diberi kontrak untuk menghiaskan gerabak kereta dengan sadur emas
terutamanya dibahagian siling. Inilah yang sepatutnya umat Islam
pertikaikan. Disaat ramai umat Islam di Sudan, Somalia, Palestin dan
banyak lagi negara Islam kebuluran tetapi raja Saud menunjukan
kemewahannya tanpa batas. Sudah pasti pembaziran ini akan menguntungkan
kapitalis Yahudi yang sememangnya telah bertapak dan mempunyai
kepentingan dalam projek pembangunan besar-besaran Arab Saudi.
Umat Islam menunggu apakah reaksi ulamak atas tindakan kerajaan diraja
tersebut yang menunjukkan keangkuhan dengan kemewahan yang keterlaluan.
Ulamak mereka dengan senang hati membenarkan pembangunan sesuka hati di
tanah suci tersebut dengan menghapuskan semua tinggalan sejarah
Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tanpa bekas sedikitpun dengan
alasan hapuskan kurafat dan bidaah. Alasan inilah digunakan sepenuhnya
oleh penguasa Saudi bagi membolehkan kontraktor yang mempunyai hubungan
dengannya mengaut keuntungan dengan pembangunan yang melampau. Dalam
hukum fekah, sudu, garfu dan pinggan mangkuk yang bersadur emaspun haram
digunakan bagi tujuan menunjuk-nunjuk apatah lagi dengan gerabak
keretapi bersadur emas!
Rasulullah saw telah memberi amaran akan munculnya golongan Arab Badui
yang suka menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya yang pasti membawa
bencana kepada seluruh umat Islam.
حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala
[aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu
Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber
kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik
orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab
badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no
52]
Sejak berzaman dari bermulanya khalifah hinggalah kalifah Othmaniyyah
terakhir mereka amatlah berhati-hati melakukan pembangunan di Mekah
kerana menghormati Kaabah sebagai rumah Allah. Tercatat dalam sejarah
bahawa pemerintah Othmaniyyah telah menetapkan undang-undang tidak
dibenarkan sebarang bangunan yang melebihi ketinggian Kaabah. Begitu
juga Sultan Abd Hamid terakhir telah meminta supaya keretapi yang akan
dibina untuk laluan Mekah - Madinah pada masa itu supaya menggunakan
enjin lebih senyap bagi mengelakkan gangguan di Kaabah. Begitulah
hati-hatinya mereka kerana menghormati rumah Allah.
Atas kesedaran inilah kesemua khalifah yang mengawal Mekah dan Madinah
menggunakan gelaran "Khadam Dua Tanah Suci" bukannya pemerintah.
Ironisnya kerajaan Saud juga mengambil gelaran tersebut tetapi segala
tindakan mereka tidak membayangkan gelaran "khadam" yang mereka pakai
tetapi menunjukkan merekalah tuan kepada kaabah, mereka berhak melakukan
apa saja yang disukainya dan menggunakan khazanah dari bumi suci itu
untuk kepentingan kemewahan mereka sendiri. Tunggulah saatnya dimana
Allah akan menunjukkan di hadapan rumahnya sendiri Baitullah siapakan
tuannya yang sebenar!
Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW,
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik.
Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian
tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi
khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu
mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling
dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian
baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian
baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu
segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa
merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu
Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment