"Berita baik bagi semua pak pak tani negara yang mengusahakan tanaman padi. Pihak berkuasa Korea Utara telah menemui satu formula untuk mempercepat dan menggandakan hasil pengeluaran tani mereka melalui satu cara yang mungkin tak pernah terfikir oleh para saintis dunia.
Cara ini mereka dapati amat mudah, murah dan boleh diadaptasi kat memana tanpa had dan batasan. Maka ianya boleh lah mengurangkan kos penyelidikan, pengujian dan kos makmal yang berkaitan.
Foto foto berikut adalah program yang diadakan bagi membuktikan teori penemuan mereka itu. Suasana dirakamkan di wilayah Xinyizhou, wilayah barat laut Korea Utara - yang menunjukkan cara cara mereka dengan hanya menggunakan pancaragam untuk menggalakkan tanaman padi supaya dapat tumbuh dengan lebih pantas... huh?... kah kah kah
Dengan memakai seragam tentera, pancaragam ini memainkan muzik yang memberikan inspirasi kepada tumbuhan padi untuk tumbuh lebih subur.
Nyanyian yang dikatakan akan membuat semangat padi terinspirasi untuk tumbuh dan membiak dengan lebih cepat dan menghasilkan tuaian yang lebih banyak.
Selain dari padi, petani petani juga akan turut terhibur dengan persembahan percuma yang diberikan... oleh pancaragam tentera plak tu... huhuhu
Ok... setel... moh main kat tempat lain plak....
Putera Charles pernah berkata dalam satu temuramah pada 1986 "Saya baru sahaja bercakap dengan tumbuhan dan ianya adalah sesuatu yang penting... saya mendengar tindakbalasnya"
Mungkin bertitik tolak dari wawancara itu lah, idea tersebut dicilok oleh pemerintah Korea Utara untuk berinteraksi dengan tanaman dengan cara yang lebih menghiburkan.
So, mungkin kita pon boleh mencadangkan Kementerian Pertanian untuk mencuba formula yang super sadis ni. Apatahlagi dengan penularan budaya k-pop yang semakin fofular dikalangan pemimpin, dengan aksi yang menjolok mata... mungkin akan membuat tumbuhan tersebut berkembang secara mencanak canak ... kah kah kah kah
Diolah dari Sumber
Nota:
Kugiran gugiran kat kampung pon boleh le cari makan kalo cara ni dipraktikkan... tapi... jangan le luorang buat joget lambak plak kat tengah tengah bendang nun ... kena balun ngan kayu den tuan tanah nanti ... kah kah kah kah
Debik Karmic "
No comments:
Post a Comment