Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru.
Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit
atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).
Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang
dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik
baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega
kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.
Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa
bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi
merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.
Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan
bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah
jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali,
diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara
ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada
pengguna, tanpa disedari.
Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif
elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak
RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN
(secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit
(dua bulan).
Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:
Penggunaan dua bulan 700 unit.
1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20
2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80
3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00
JUMLAH = RM194.20
Penggunaan dua bulan 700 unit.
1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20
2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80
3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00
JUMLAH = RM194.20
Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.
Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang
dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah
UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit
ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.
Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik
kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari
400 unit.
Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....
Taman Meru Damai, Kapar Klang.
Taman Meru Damai, Kapar Klang.
No comments:
Post a Comment