Sekolah 31 Bahasa, Bolehkah Diadakan Di M'sia?
Sebahagian siswa sekolah English Martyrs’ Catholic School di Birmingham,England.
LONDON: Untuk mengawal satu kelas di sekolah rendah bukan tugas mudah bagi seorang guru.
Cuba bayangkan keadaan di Sekolah Katolik English Martyrs di Birmingham yang 414 muridnya bercakap 31 bahasa berlainan di kalangan mereka.
Seperti yang ditunjukkan pada gambar ini, murid di sekolah itu yang bercakap dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa utama adalah golongan minoriti.
Bahasa lain yang digunakan mereka, termasuk Lingala dan Yoruba, kedua-duanya digunakan di sebahagian benua Afrika, Mirpuri dan Hindko, dua bahasa yang berasal dari pakistan, dua loghat bahasa Benggali, Czech dan Sudan.
Meskipun pihak guru berdepan dengan cabaran, kepelbagaian bahasa itu berjaya meningkatkan pencapaian keputusan sekolah di Sparkhill itu.
Pengetua baru, Evelyn Harper berkata, pencapaian murid berkenaan adalah disebabkan budaya di rumah murid terbabit yang mementingkan pelajaran.
Tahun lalu, 91 peratus murid mencapai tanda aras empat atau lebih dalam bahasa Inggeris dan 89 peratus dalam matematik. Majoriti murid mempunyai latar belakang Pakistan dan bahasa utama yang biasa digunakan ialah Urdu dan Mirpuri.
Dalam usaha untuk menangani kepelbagaian bahasa yang digunakan itu, guru dilatih untuk mengajar Inggeris sebagai bahasa tambahan. Sekolah itu kadang kala menggunakan penterjemah serta sistem ‘teman’ yang meletakkan pelajar baru berpasangan dengan pelajar lama yang menggunakan bahasa ibunda yang sama dan boleh membantu mereka mula menggunakan perkataan Inggeris.
Bahasa yang digunakan di sekolah itu ialah: Afrikaan, Arab loghat Iraq, Arab loghat Lingala, Arab Sudan, Arab Yaman, Benggali Bangladesh, Benggali Sylheti, Czech, Belanda, Inggeris, Gaelic, Gujarati, Gurmukhi, Hindko, Jamaica Patois, Kachi, Lingala, Mirpuri, Nepal, Pashto, Poland, Portugis, Punjabi, Romana, Somalia, Sepanyol, Sudan, Switzerland, Perancis, Tamil, Urdu dan Yoruba.
Angka yang diperoleh oleh akhbar Birmingham Mail menunjukkan lebih 120 bahasa digunakan di sekolah di seluruh bandar itu. Meskipun ia sekolah Katolik, majoriti murid mempunyai latar belakang Pakistan dengan Urdu dan Miropri adalah dialek utama digunakan mereka di rumah.
Semua guru mahir dalam mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa tambahan dan sekolah itu juga menggunakan penterjemah. - DM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mampukah model sekoah tersebut diadakan di Malaysia, di mana disesuaikan dengan persekitaran Malaysia dan Asia? Perlukah sekolah-sekolah agama Islam di bawa ke arah itu?

No comments:
Post a Comment