Monday, 11 June 2012

Bapa Chong Wei Cuba Bunuh Diri Kerana Anaknya?

Sumber: Ibnu Hasyim

AH CHAI...beri keterangan dua kali. - Gambar fail
AH CHAI...beri keterangan dua kali. - Gambar fail

SUKAN

Polis halang bapa Chong Wei terjun

GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas. Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin. (myMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bapa Chong Wei ingin bunuh diri, adakah itu suatu bantahan terhadap tekanan kementerian sukan terhadap anaknya? Cuba siaat..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts