Monday, 11 June 2012

PM Britain tertinggal anak di pub




2012/06/12

LONDON: Perdana Menteri British, David Cameron dilaporkan tertinggal anak perempuannya berusia lapan tahun di sebuah pub selama kira-kira 15 minit selepas menikmati hidangan makanan tengah hari keluarga, kata pejabat beliau Downing Street yang mengesahkan kejadian itu.

Nancy Cameron dikatakan ke tandas ketika perdana menteri berkenaan bersama isterinya, Samantha mula meninggalkan tempat itu dan mereka hanya menyedari kehilangan Nancy sebaik saja tiba di rumah, lapor The Sun.
“Perdana Menteri dan Samantha kebingungan apabila mereka menyedari Nancy tidak bersama mereka,” kata seorang jurucakap Downing Street.
“Syukur apabila mereka menghubungi pub itu, anaknya berada di sana dan dalam keadaan selamat.

“Perdana Menteri terus ke pub itu untuk membawa pulang anaknya.”
Katanya insiden itu berlaku beberapa bulan lalu.

Pasangan Cameron berada di The Plough di Cadsden, berhampiran kediamannya di Buckinghamshire, tenggara England.
Mereka ke pub itu bersama anak, Nancy; Arthur enam tahun dan Florence berusia 22 bulan selain dua anggota keluarga lain. – AFP


No comments:

Post a Comment

Popular Posts