Sukhoi Su-34 Fullback ialah pesawat pengebom yang digunakan oleh Tentera Udara Russia. Ia sepatutnya menggantikan pesawat Sukhoi Su-24 Fencer yang
sudah berusia. Tetapi akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik projek
pembangunan Su-34 terhenti beberapa kali. Su-34 mempunyai reka bentuk
badan yang kami yakin anda boleh kenali.
Ya ia mempunyai bahagian ekor, badan, enjin , sayap kecil dan tayar yang sama dengan pesawat Su-30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Tahukah anda Su-34 dan Su-30 kedua-duanya adalah pesawat yang terbina dari pesawat Su-33 yang digunakan Tentera Laut Russia? Kerana kekangan belanjawan dan langkah penjimatan kos, komponen Su-33 digunakan semula pada pesawat Su30 MKM. Su-30 MKI, Su-34, Su-35, Su-35 dan Su-47 . Perubahan kecil pada sistem avionik, kawalan tanpa wayar, sayap, enjin vektor boleh ubah dan fungsi pesawat membezakan mereka dari satu sama lain.
Kembali ke Su-34. Berbanding dengan Su-Su yang lain Su-34 Fullback berbeza kerana ianya sebuah pesawat pengebom dengan ruang memyimpan bom yang jauh lebih besar. Kokpitnya juga berbeza kerana juruterbang dan pegawai persenjataan (weapon officer) duduk bersebelah dan tidak secara tandem seperti Su-30 MKM. Pesawat ini juga mempunyai katil untuk krew berehat serta tandas. Ini adalah unik kerana kebanyakkan pesawat rekaan Russia tidak mementingkan keselesaan krew yang menerbangkannya. Russia sudah memesan 152 buah Su-34 Fullback bagi menunjangi pertahanan udaranya. Kesemua pesawat dijangkan akan beroperasi menjelang 2020.

No comments:
Post a Comment