Lebih RM400 juta pelaburan masuk di penghujung 2012
KULIM - Di saat tahun 2012 mahu melabuhkan tirai, Taman Berteknologi
Tinggi atau Kulim Hi-Tech Park (KHTP) berjaya menarik pelaburan berskala
besar di bidang industri perubatan yang bernilai lebih RM400 juta.
Sebanyak dua buah syarikat terbabit dalam pelaburan tersebut, manakala
dua buah institusi pengajian pula menyewa kemudahan KHTP untuk tujuan
pembelajaran dan penyelidikan.
Aspion Sdn. Bhd. syarikat yang terbabit di bidang membekalkan peralatan
perubatan akan membuat pelaburan berjumlah antara RM300-400 juta di atas
tapak KHTP fasa 3 yang berkeluasan 51.74 ekar. Syarikat ini terkenal di
seluruh dunia sebagai pengeluar sarung tangan yang digunakan dalam
pembedahan, namun di KHTP mereka akan memberi tumpuan kepada penghasilan
peralatan Peritoneal Dialysis di samping melakukan kerja penyelidikan
dan pembangunan di bidang berkaitan.
Sebuah lagi syarikat pelabur ialah CTR Setia (M) Sdn Bhd yang akan
melabur kira-kira RM60 juta di bidang penghasilan intravenous catheters
yang juga berkaitan dengan peralatan perubatan. Mereka memajak tapak
seluas 31.5 ekar juga di fasa 3 KHTP.
Sementara itu Allianze University College of Medicine and Sciene (AUCMS)
telah menyewa kemudahan di Pusat Perniagaan 2 KHTP sebagai pusat
pengajian pra klinikal di bidang sains perubatan. Program ini
difrancaiskan oleh UKM dan mula menerima kemasukan pelajar pada Februari
2013.
Sebuah lagi institusi pengajian yang turut menyewa kemudahan ialah
In-Fussion Solutions Sdn Bhd yang menjadikan Bangunan Pusat IT KHTP
sebagai tempat operasi. Mereka akan memulakan Voc-Tec College dengan
pengambilan pertama pelajar pada 2013 yang dihantar oleh Kementerian
Pelajar Malaysia. Para pelajar ini akan mengikuti kursus teknikal dan
vokasional selama empat tahun.
Perjanjian pajakan antara keempat buah organisasi ini dengan Kulim
Technology Park Corporation (KTPC) ditandatangi dalam satu majlis
ringkas yang dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB
Dato' IR Amiruddin Hamzah dan YB Dr Ismail Salleh. KTPC diwakili oleh
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji Muhammad Sobri Osman manakala kesemua
organisasi terbabit diwakili oleh pegawai tertinggi masing-masing.
Dengan kemasukan dua pelabur baru ini, KHTP kini mempunyai 33 pelabur
dalam industri dari dalam dan luar negeri dengan nilai pelaburan
keseluruhan mencecah RM30 billion. Ia membuka peluang pekerjaan kepada
kira-kira 28 ribu pekerja.
Terakhir Dikemaskini (Selasa, 01 Januari 2013 16:46)
APAMACAM MUKHRIZ.. apa cerita lagi hang nok mohong RAKYAT KEDAH... dulu kata PELABUR tak ada nak masuk KEDAH...nie apa bendanya yang depa dok sain aka tandatangan nie...????
APAMACAM MUKHRIZ.. apa cerita lagi hang nok mohong RAKYAT KEDAH... dulu kata PELABUR tak ada nak masuk KEDAH...nie apa bendanya yang depa dok sain aka tandatangan nie...????
No comments:
Post a Comment