Thursday 24 January 2013

Terbukti UUM merupakan UNIVERSITI UMNO MALAYSIA..!!!

UMNO memperalatkan kampus untuk kepentingan parti.

Poster di atas adalah program yang dianjurkan oleh MPP UUM yang mana diberi nama Bakti Siswa, program ini diatur oleh pihak pentadbiran UUM iaitu pihak HEP dan digerakkan oleh MPP UUM, perlu diketahui program bakti siswa ini dijalankan secara berkala dan merupakan program wajib kepada pihak MPP UUM.

Program Bakti Siwa ini bertujuan untuk mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat dan merupakan salah satu cara untuk menerap nilai prihatin kepada masyarakat. Program ini dipromosikan secara langsung oleh pihak MPP UUM di kampus untuk menarik golongan mahasiswa untuk turun bersama dalam program ini. Program yang dianjurkan oleh pihak MPP sebelum ini sering dicurigai kerana dilihat ada anasir-anasir politik luar kampus yang ingin didoktrinkan kepada mahasiswa dan peserta program terbabit. 

Perkara ini dilihat bertentangan dengan pendirian yang sering mereka war-warkan iaitu pihak MPP bebas dari kawalan politik luar kampus. Namun kali ini, program ini dapat dilihat dengan jelas telah disalah guna oleh pihak UMNO sebagai alat untuk mereka berkempen menjelang pilihanraya umum ke 13 (PRU 13). Masakan tidak, jika lambang dan nama mereka dicanang dengan “zahir” sekali di dalam program ini, jika pihak mereka ingin menafikan keterlibatan mereka dengan UMNO, kami mahasiswa prihatin terbuka untuk memberi ruang kepada mereka untuk menjelaskan perkara ini walaupun sudah terang lagi bersuluh.

Jika mereka mengatakan ini merupakan politik “di luar kampus” kami tidak akan berdiam diri, pihak MPP UUM sepatutnya merupakan satu pihak yang tidak terikat kepada mana-mana pihak luar, tetapi perlu menjadikan platform ini sebagai suara dan gambaran kepada pendirian mahasiswa kampus ini secara menyeluruh. Mereka tidak boleh menjadi “kuda tunggangan” kepada pihak lain selain daripada wakil kepada mahasiswa sepenuhnya, mahasiswa tidak akan rela persatuan yang dilantik oleh mereka digula-gulakan oleh pihak UMNO untuk kepentingan peribadi parti tersebut. 

Generasi Y bukan lagi generasi yang boleh dicucuk hidung dan ditarik kemana sahaja, tapi generasi mahasiswa kini sudah cukup muak dengan peranan sebuah persatuan yang tidak menjadikan matlamat dan tujuan organisasi sebagai asas dalam mengerakan satu-satu persatuan, apalagi menjadi alat kepada UMNO.
Pihak MPP UUM Jangan hanya tahu gah waktu berkempen PRK sahaja, selepas PRK batang hidung tak tahu dimana, suara pula hilang entah kemana. 

Penjelasan yang kami tuntut bukan penjelasan “playsafe” tetapi penjelasan yang penuh dengan rasional dan berfakta. Kami mengemukakan bukti bergambar (berfakta) dan perlu dijawab dengan fakta. Cukup sudah “tamparan” kepada kami bila MPP kami hilang, lesap, lesu dengan isu LISTEN, datang lagi isu penyalahgunaan kuasa oleh pihak MPP demi memenuhi kepentingan parti politik tertentu.

Penjelasan daripada pihak pengurusan program ini dan MPP UUM khususnya kami tuntut dengan segera, kenapa, mengapa, dan bagaimana pihak Umno mendapat pengiktirafan sehingga lambang dan nama mereka wujud di dalam program ini?

Suara Mahasiswa,
Universiti Utara Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts