Saturday 19 January 2013

Sharifah Zohra bukan ahli Kimma


Syarifah Zohra: 'Saya akan jelaskan'
Sharifah Zohra Jabeen akan menjawab kritikan berkenaan 'listen, listen, listen' dalam waktu terdekat. - Foto ihsan

JOHOR BAHRU - Kepimpinan Puteri Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengaitkan moderator kontroversi Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan parti berkenaan.
Ketuanya, Rohaini Datuk Syed Ibrahim berkata, Sharifah Zohra merupakan bekas Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan bagi sesi 2010/2012 dan tidak lagi menyertai Kimma selepas jawatan berkenaan diisi oleh individu lain.

“Apa yang diucapkan oleh beliau ketika forum berkenaan berlangsung sebagai Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Tugasnya sebagai Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan tamat pada April 2012 yang lalu.

“Jadi beliau sudah tidak ada kena-mengena dengan Kimma lagi. Saya minta parti pembangkang tidak memperbesar-besarkan isu ini. Jangan jadikan isu ini sebagai agenda untuk mengalih perhatian menjelang pilihan raya umum (PRU) yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Bukan cara ini untuk menarik perhatian para pengundi,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Pemangkin Iltizam Pergerakan Puteri Kimma negeri Johor di Savannah Hill, Sungai Tiram, di sini, semalam.
Klip video selama 24 minit yang dimuatkan itu tersebar luas di laman sosial, memaparkan Sharifah Zohra sebagai panel forum lantang menegur Bawani, yang bangun bercakap di akhir forum berkenaan.

Dalam satu laman sesawang pembangkang mengatakan Sharifah Zohrah Jabeen selain menyandang  Presiden Suara Wanita 1Malaysia itu, beliau  juga Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan.

Beliau secara peribadi berpendapat, Sharifah Zohra seharusnya menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya dengan profesional dan penuh berhemah serta tidak menggunakan emosi semata-mata ketika  melontarkan jawapan ke atas seorang pelajar Jurusan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani, bulan lalu.

“Golongan muda perlu diberi input yang sesuai dan sebagai pemimpin beliau perlu bijak untuk mengawal keadaan dan menggunakan pendekatan yang terbaik. Jangan gunakan emosi kerana itu tidak dapat menyelesaikan masalah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts