Thursday 24 January 2013

PAS desak Wan Ahmad letak jawatan segera





KUALA LUMPUR: PAS mendesak Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan ekoran pendedahan saksi-saksi dalam Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pemberian kewarganegaraan (IC) kepada orang asing di Sabah dengan sewenang-wenangnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan tindakan itu perlu dilakukan Wan Ahmad sebagai mengambil tanggungjawab kerana sedar atau tidak, IC itu telah digunakan untuk mengundi dan memenangkan BN dalam pilihan raya.

Beliau yakin, perletakan jawatan itu akan memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap wibawa sistem pilihan raya di Malaysia yang digalas oleh SPR.Jelasnya lagi kepada Harakah, pembongkaran yang dibuat dalam RCI membuktikan dakwaan PAS selama ini tentang tindakan Umno-BN memberikan IC kepada warga asing sematamata untuk memenangkan BN dalam pilihan raya adalah benar.

Mohamad Sabu berkata, Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada waktu itu juga mesti bertanggung jawab ekoran tindakannya dan bukan mencipa alasan baru dengan menuduh Perdana Menteri pertama,Tunku Abdul Rahman pernah melakukan perkara yang ‘lebih teruk’ dalam tindakan memberi IC kepada warga asing.Tuduhan Mahathir terhadap Tunku Abdul Rahman itu katanya, adalah satu tindakan tidak bermoral.

Beliau menegaskan, beberapa orang yang diarahkan membuat IC palsu itu ditahan di bawah ISA dan ini jelas memperlihatkan ISA digunakan untuk melindungi jenayah yang dilakukan Kerajaan Umno-BN.

Mohamad Sabu percaya usaha yang sama sedang dilakukan oleh Umno-BN di beberapa negeri lain seperti Selangor agar BN kembali berkuasa di negeri itu.

“Pendedahan yang dibuat RCI ini amat mengaibkan sebuah sistem pilihan raya di Malaysia. Amat jelas Umno telah menjual negara melalui tindakan pemimpin negara sendiri,” tegasnya.

Katanya lagi, tuntutan rakyat dalam ketiga-tiga perhimpunan Bersih termasuk “1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat” (HKR112) baru-baru ini jelas dan nyata kerana selama ini Umno-BN sanggup menjual negara untuk sebuah kuasa yang dijunjung mereka.

Sumber: pas.org.my

No comments:

Post a Comment

Popular Posts