Saturday 19 January 2013

Fathtul Bari tolong doakan untuk rakyat yang terzalim dan terfitnah


"Assalamualaikum,,..

Kes pernikahan Fathul Bari sudah jelas dan bloggers yang nakal sengaja mahu  mengaibkan dirinya.Wajar bloggers ini didoakan dengan doa Saad Abi Waqas kerana itu.Semuga doa Fahtul Bari ini dimakbulkan ALLAH, ia itu kalau benar Fathul Bari di pihak yang benar, maka timpakanlah bala ke atas yang menyebarkan cerita pernikahannya dan kalau Fahtul Bari di pihak salah, maka timpakan bala ke atasnya.

Dalam masa yang sama, penulis juga berharap agar ALLAH memakbulkan doa adik TGNA untuk kehancuran UMNO sekiranya Adik TGNA dan PAS di pihak yang benar, sebaliknya timpakan bala ke atas adik TGNA dan PAS kalau mereka di pihak yang salah.

Untuk Fathul Bari sebagai ustaz yang berpijak atas kebenaran dari ALLAH, ramai lagi bloggers nakal yang sengaja menyebarkan cerita cerita tidak benar dan fitnah terhadap individu tertentu seperti cerita Ust.Dr.Badrul Amin ditangkap khlawat serta dikatakan bernikah dengan wanita yang ditangkap khalwat dengannya, seperti video lucah DSAI yang disebarkan, seperti cerita cerita yang sudah dibongkar di mahkamah disebarkan oleh bloggers nakal bernama Dr.Novandi dan pisau tajam.

Ustaz, tolong doakan juga bagi pihak indivudi yang difitnah ini seperti doa yang ustaz baca ke atas fitnah yang dilemparkan kepada ustaz.Janganlah ustaz baca doa untuk umat Islam yang menyokong UMO sahaja dan mengatakan umat yang tidak menyokong tidak layak membacanya. Ingat Ustaz, ALLAH bersama orang orang yang benar.

Kalau ustaz di pihak yang benar, ustaz juga perlu berjuang untuk kebenaran, bukan untuk UMNO.Kalau UMNO sudah sah tidak mahu menegakkan kebenaran dan sentiasa mahu menzalimi orang orang yang menentang mereka dengan apa jua cara termasuk cara yang zalim, maka sudah tentu mereka layak didoakan kehancuran seperti mana doa ustaz ketika difitnah atas pernikahan kedua ustaz itu."

No comments:

Post a Comment

Popular Posts