Thursday 24 January 2013

UMNO Kedah mengaku Kerajaan BN dulu tidak pernah bina masjid guna peruntukan negeri..!!

‘Johari Baharom mengaku Kerajaan Negeri BN dulu tak bina sebuah pun masjid guna peruntukan Negeri’

Oleh: Chin Jerlun

‘Johari Baharom mengaku Kerajaan Negeri BN dulu pun tak bina sebuah pun masjid guna peruntukan Negeri’... haktu bukan fitnah, itu cuma ayat aku nak smash Datuk Joe yang cuba memperbodoh rakyat.

Dia kata, setakat ini tiada satupun masjid atau surau dibina kerajaan negeri sejak memerintah Kedah selepas memenangi pilihan raya umum 2008.

Nak habag bagi, masa BN memerintah Kedah dulu pun tak ada sebuah pun masjid yang dibina oleh Kerajaan Negeri BN Kedah guna peruntukan Negeri. Mokalau tak percaya sila rujuk buku laporan Bajet zaman BN... duit dari hasil Negeri, tiada sekupang pun untuk bina masjid. Begitu jugak universiti, sekolah, hospital, balai polis, bomba... takdak satu pun yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Sebab, semua tu dibuat menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Abih tu kalau hangpa pun dulu tak buat masjid guna peruntukan Negeri, dok hingag apa Kerajaan Negeri lanie tak bina masjid baru guna peruntukan negeri? Baru serii...

BN nanti jawab balik... “Kerajaan Persekutuan BN yang buat masjid.”

Chin Jerlun nak bidas balik, “Bila pulak yang kami perintah Kerajaan Persekutuan... hangpa nak banding antara Kerajaan Persekutuan BN dengan Kerajaan Persekutuan PR? Bila kami menang di Pusat esok, bolehlah banding antara kemampuan Kerajaan Persekutuan di bawah dua kepimpinan politik yang berbeza.”

Adapun, kalau surau jangan nak muhong kata Kerajaan Negeri tak bantu... bersepah yang kerajaan negeri buat guna Bajet UPEN, sama ada buat baru atau baiki.

Sekian Kuliah Politik untuk pagi ini.

JITRA - Kerajaan PAS Kedah hari ini dicabar mengemukakan fakta dan bukti ia telah melaksanakan syiar Islam dan menjaga kepentingan umat Islam negeri ini dengan sewajarnya.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharom mendakwa setakat ini tiada satupun masjid atau surau dibina kerajaan negeri sejak memerintah Kedah selepas memenangi pilihan raya umum 2008.

"Umat Islam Kedah beruntung kerana kerajaan persekutuan terus membela nasib mereka walaupun diperintah pembangkang. Nak harapkan kerajaan PAS Kedah, cakap saja lebih, macam tong kosong.

"Sejak 2008 hingga tahun lepas, kerajaan pusat telah membelanjakan lebih RM80 juta untuk membina masjid dan surau serta menaiktaraf kedua-dua institusi itu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan khas persekolahan RM100 seorang murid kepada waris bagi lima buah sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan di sini.

- Bernama

http://kedahla.blogspot.com/2013/01/johari-baharom-mengaku-kerajaan-negeri.html

No comments:

Post a Comment

Popular Posts