Tuesday 15 January 2013

Syabas KS Bawani: Teruskan Keberanian Demi Kebenaran




Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada KS Bawani, seorang mahasiswi Universiti Utara Malaysia yang berani tampil ke depan menyatakan pandangannya mengenai isu politik negara ini di satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut. KS Bawani bangun memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said serta mengenai pendidikan percuma yang baginya wajar diadakan di negara ini.

Keberanian dan kelantangan KS Bawani menunjukkan mahasiswa sekarang sudah berani tampil di pentas terbuka untuk menyatakan pandangan mereka mengenai sesuatu isu politik tanpa takut. Mahasiswa adalah golongan intelektual dan semakin matang dalam menelaah isu-isu politik negara. Mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati. Mereka bijak menilai sesuatu dan menegur sekiranya ada kepincangan tanpa pengaruh mana-mana pihak.
Keberanian beliau menjadi contoh kepada anak-anak muda supaya bangkit membela kebenaran walau di aman juga tanpa gentar terhadap tindakan yang akan dikenakan. Anak-anak muda seperti beliaulah yang diharapkan untuk membela masyarakat dan negara ini dan pemimpin negara di masa hadapan.
Dalam pada itu, DPPM merasa kesal kerana pihak penganjur forum terbabit tidak bersikap terbuka dalam menerima kritikan. Sikap ahli panel yang hanya bercakap tetapi tidak mahu mendengar pandangan penonton menggambarkan keangkuhan penganjur serta memalukan semua pihak.


Sepatutnya dalam program yang bersifat akademik seperti ini, semua pihak dibenarkan memberi dan menerima pandangan. Ia adalah untuk kebaikan semua dan bagi memperbaiki kekurangan dan kesilapan yang berlaku. Adalah diharapkan penganjur mengambil iktibar dari kejadian ini dan pastikan kejadian seumpama ini tidak berulang di masa akan datang.
DR RAJA AHMAD AL HISS

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

Popular Posts