KUANTAN 1 Jan. - Pelbagai cara dilakukan
oleh setiap orang bagi menentukan keturunan dan generasinya yang akan
datang mengetahui tentang latar belakang ahli keluarga mereka.
Bagi seorang bekas juruteknik Lombong Bijih Timah Sungai Lembing di
sini, Wong Kong Chan, 75, dia mempunyai cara sendiri untuk tujuan
tersebut iaitu dengan mengambil inisiatif menyimpan lebih 200 artifak
perlombongan di rumahnya di Kampung Air Terjun, Sungai Lembing, di sini.
Katanya, selepas lombong itu ditutup sejak 26 lalu, dia tidak
melepaskan peluang menyimpan semua artifak tersebut seperti batu dan
serbuk bijih, tembaga, pahat, gergaji kayu dan alat pengorek lubang di
rumahnya sebagai koleksi peribadi.
No comments:
Post a Comment