Tuesday, 1 January 2013

Buat sendiri tiang gol murah untuk remaja kita

 

Baru-baru ini kami sekeluarga ke KL. Anak lelaki saya terlihat satu tiang gol plastik di sebuah pasaraya terkemuka di Jalan TAR. Harganya RM199, tinggi dalam 3 kaki, lebar 8 kaki. Saya kata pada anak saya, nanti abah cuba buatkan tiang gol nanti.

Sebelum buka sekolah, saya cuba siapkan tiang gol tersebut. Bahan-bahan boleh didapati dengan mudah di kedai perkakasan (hardware di mana-mana). Saya pun mintalah paip PVC putih bersaiz 2 inci garislintang dengan ukuran yang siap di potong, dan juga 6 sesiku PVC (elbow).

Modalnya cuma RM40 sahaja, dah siap tiang gol dengan ketinggian 6 kaki dan lebar 8 kaki. Dan ianya lebih kukuh dari yang berharga RM199 tadi.

Dulu masa Malaysia hantar angkasawan, ada seorang tu heboh nak wujudkan Kelab Roket di setiap sekolah. Sekarang ni entah apa jadi dengan program penggalakan para pelajar terhadap aero angkasa, astronomi, teknologi roket dan seumpama dengannya, sedangkan negara jiran kita saban hari teknologi roket mereka adalah merupakan asam garam para pelajar mereka."
"



No comments:

Post a Comment

Popular Posts