Dalam Islam telah diajarkan 2 prinsip yang berkaitan dengan aktiviti kewangan dan perbankan iaitu:
Prinsip Al-Ta’awun iaitu prinsip untuk saling membantu dan bekerjasama antara anggota masyarakat dalam kebaikan, sebagaimana yang tertulis dalam al-Quran Surat Al-Maidah ayat 2 yang berbunyi,
”….Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran….”
Prinsip menghindari Al-Iktinaz iaitu seperti membiarkan wang yang disimpan tidak digunakan dan tidak berpusing dalam transaksi yang bermanfaat bagi masyarakat umum.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu… (Surah An-nisa ayat 29).
Tentu sahaja, pada zaman Rasulullah SAW, semua aktiviti kewangan dan perbankannya selalu berpegang teguh dengan ke dua prinsip tersebut. Dan semua aktiviti perbankan Rasulullah ini merupakan contoh bagi kita untuk boleh melakukan aktiviti perbankan yang benar sesuai dengan syariah.
Rasulullah SAW pernah dipercayai oleh masyarakat Mekah untuk menyimpan harta mereka, tetapi kerana tidak dapat memanfaatkan harta deposit tersebut dan sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, maka Rasulullah SAW meminta Sayyidina Ali R.A untuk mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya.
Lain pula dengan sahabat Rasulullah, Zubair bin al Awwam yang lebih suka menerima harta sebagai bentuk pinjaman daripada sebagai bentuk deposit. Kerana bersifat pinjaman, Zubair dapat memanfaatkan harta yang dipinjam, sekaligus berkewajiban untuk mengembalikannya secara kekal.
Beberapa sahabat Rasulullah SAW pernah melakukan pengiriman wang diantaranya adalah Ibnu Abbas yang pernah mengirim wang ke Kufah, sedangkan Abdullah bin Zubair yang berada di Mekah pernah mengirim wang kepada adiknya Misab bin Zubair yang berada di Iraq.
Selain itu, pada zaman tersebut, cek juga telah dipergunakan. Apalagi penggunaan cek ini telah dikenali secara luas sejajar dengan meningkatnya perdagangan antara negeri Syam dan negeri Yaman, sekurang-kurangnya berlaku 2 kali dalam setahun. Bahkan Umar bin Khatab R.A sendiri telah menggunakan cek untuk membayar elaun kepada mereka yang berhak. Dengan cek tersebut, mereka yang mendapatkannya berhak mengambil gandum di Baitul Mal yang pada masa itu diimport dari Mesir.
Selain adanya fungsi menerima deposit harta, atau fungsi pinjam meminjam, dan fungsi pengiriman wang, pada zaman Rasulullah SAW juga telah melakukan fungsi pemberian modal kerja yang berdasarkan kepada hasil seperti mudharabah, musyarakah, muzara’ah, musaqah yang telah dikenal sejak awal oleh kaum Muhajirin dan kaum Ansar.
.isuhangat.net.
No comments:
Post a Comment