Monday, 19 November 2012

Anwar tiada masalah jika Hadi jadi PM




SHAH ALAM, — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak ada masalah jika Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dipilih menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April ini.

 
Ketua pembangkang itu ditanya soalan tentang pandangan beliau tentang kenyataan ahli-ahli PAS yang mahu Datuk Seri Hadi Awang sebagai calon perdana menteri. 
“No problem (tidak ada masalah), kita boleh bincang dengan baik,” kata Anwar selepas berucap dalam Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Industri Selangor (Unisel), hari ini. 
Semalam, wakil daripada Dewan Ulama memberikan kejutan apabila mengemukakan cadangan memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang, sedangkan PR sebelum ini telah sepakat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon mereka. 
Dalam perbahasan dari Dewan Ulama semasa Muktamar Agung PAS ke-58 di Kota Bharu, seorang wakil dari Dewan Ulama berkata, Abdul Hadi adalah calon paling layak untuk menjadi perdana menteri, dan selaku ahli PAS tidak sepatutnya mereka berkempen untuk orang lain menjadi pemimpin. 
“Saya ingin bertanya kepada perwakilan, siapa orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia kalau bukan Tuan Guru Presiden? 
“Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tapi beliau yang paling layak untuk menjadi perdana menteri akan datang, dan kita sebagai anak didik kepada parti Islam tidak sepatutnya kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin,” kata Hairul Nizam dalam ucapannya di Muktamar Agung PAS. 
Anwar tiada masalah untuk berbincang siapa jadi PM jika menang pilihan raya.Sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan dalam Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Unisel, pagi ini. 
Anwar mengkritik sistem universiti yang tidak membenarkan pelajar untuk berfikir. 
“Universiti dikehendaki lebih kurang seperti sekolah menengah. Ruang bicara tidak bebas. 
“Saya masih ingat wacana di universiti, di mana forum dan seminar mengenai pendidikan, ekonomi, kemiskinan tersebar dan memberi ruang kepada mahasiswa dan para akedemik untuk mengupas mengolah cara yang bebas,” kata Anwar dalam ucapannya. 
Anwar juga mengkritik pihak universiti yang sering menghalang beliau dari berucap. 
“Saya tidak dibenarkan masuk ke mana-mana universiti, kecuali Unisel. 
“Kita akan memastikan para pelajar universiti dapat berfikir untuk pencambahan ilmu,” kata Anwar lagi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts