Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, parti politik di Malaysia nampaknya tidak ketinggalan dalam mendekati para pengguna tempatan melalui pelbagai medium, dan terkini Parti Islam SeMalaysia (PAS) memperkenalkan aplikasi Android rasmi mereka – Touch n Get.
Aplikasi
ini masih tidak dimuat-naik ke Google Play Store buat masa ini, dan
memerlukan pengguna memuat-turun fail APK dan memasangnya secara manual
pada peranti mereka.
Daripada penggunaan kami,
ia kelihatan aplikasi Android daripada PAS ini masih mempunyai pelbagai
kekurangan padanya, dan memerlukan pengguna untuk mempunyai akses
internet untuk melihat kandungan utama aplikasi berkenaan seperti
sejarah PAS, info semasa, dan sebagainya, walaupun pada saiz aplikasinya
sekitar 10MB.
Namun, untuk beberapa info
tambahan yang ditawarkan oleh aplikasi berkenaan, seperti doa-doa
harian, hadith Arbaín, Al-Mathurat dan sebagainya, akses internet tidak
diperlukan. Selain daripada itu, ia juga kelihatan butang Home yang
disertakan pada aplikasi berkenaan tidak berfungsi sepenuhnya, dan tidak
membawa pengguna ke halaman utama.
Mungkin
juga pembangunnya boleh memberikan sedikit perhatian kepada antaramuka
aplikasi berkenaan, serta menjadikan tulisan yang dipaparkan sedikit
besar supaya lebih mudah dibaca pada skrin peranti mudah-alih.
Secara
keseluruhannya, ia kelihatan parti politik tempatan mula memfokuskan ke
arena teknologi, dimana selain memfokuskan kepada blog dan laman sosial
sebelum ini, kini mereka turut mula menawarkan aplikasi khas untuk para
penyokong mereka.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri pada peranti anda hari ini.
Muat-Turun Fail APK untuk>>> Aplikasi PAS Touch-n-Get
No comments:
Post a Comment