Sunday, 11 November 2012

Desa Tanjung Lubuk Kawah


Tidak sempat angkat barang
Keadaan antara rumah yang dinaiki air hampir 0.3 meter.
Juraidi Mohd Nor

Juraidi Mohd Nor

KUBANG PASU - Masalah sistem perparitan di Taman Desa Tanjung di sini, dipercayai menjadi punca berlakunya banjir kilat, kelmarin.

Kawasan perumahan terbabit mula dinaiki air selepas hujan lebat kira-kira jam 5.30 petang sehingga mengakibatkan penghuni sembilan rumah terpaksa menanggung kerugian kerana dimasuki air.

Setiausaha Taman Desa Tanjung, Juraidi Mohd Nor berkata, perumahan terbabit dilanda banjir kilat sudah hampir lapan kali kerana sistem perparitan tidak mampu menampung air sekiranya berlaku hujan lebat dalam tempoh beberapa jam.

Menurutnya, kejadian ini merupakan yang terburuk pernah berlaku dan untuk pertama kalinya sebanyak sembilan rumah dimasuki air.

“Menyedari perkara itu, jawatankuasa taman bertindak membuat aduan kepada pemaju perumahan ini mengenai masalah yang berlaku namun tiada tindakan diambil.

“Kerugian yang ditanggung oleh mangsa banjir kilat boleh dikatakan agak tinggi dan sampai bila masalah itu terpaksa ditanggung oleh penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pihaknya turut mencadangkan pihak pemaju turun padang untuk melihat masalah yang berlaku di perumahan berkenaan sejak akhir-akhir ini.

“Saya kerap kali menghubungi untuk membuat aduan mengenai masalah itu tetapi usaha terbabit gagal kerana tidak mendapat maklum balas.

“Oleh itu, saya mewakili penduduk taman ini meminta pemaju terbabit mengambil tindakan segera dalam menangani masalah itu untuk kebaikan penduduk,” katanya.

Difahamkan mangsa banjir kilat tidak sempat mengubah kedudukan barangan mereka berikutan air naik terlalu cepat dan ia mulai surut sepenuhnya kira-kira jam 7.30 petang.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts