JITRA - Anak seorang tukang cuci, Ahmad Adli Fais Ahmad Kamal, 12,
membuatkan ibunya, Amishah Ahmad, 45, seorang ibu tunggal menitiskan air
mata apabila mencatat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ahmad Adli, anak bongsu daripada tiga beradik itu adalah antara 32 murid Sekolah Kebangsaan Jitra 3 (SKJ 3) yang memperoleh 5A yang diumumkan hari ini.
Beliau berkata kejayaannya itu kerana memberi tumpuan semasa guru mengajar di samping bertanya kepada rakan-rakannya.
"Saya berharap dapat menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu," kata Ahmad Adli yang bercita-cita menjadi pegawai polis.
Sementara itu ibunya, Amishah yang bekerja di sebuah hospital di sini dengan gaji RM550 sebulan melahirkan rasa syukur dengan pencapaian anaknya itu walaupun mereka hidup susah.
"Kesusahan bukan alasan bagi saya untuk tidak memberi pendidikan kepada anak-anak walaupun ada masa saya mengeluh kerana tiada wang namun keluarga saya sentiasa membantu," katanya semasa ditemui di SKJ 3, hari ini.
Katanya beliau sentiasa menemankan anak bongsunya itu belajar bagi memastikan dia sentiasa memberi tumpuan.
"Semua tiga anak saya diberikan didikan sama. Setiap hari saya berikan kismis sebanyak tujuh biji waktu pagi dan malam. Saya tidak mampu hantar mereka ke pusat tuisyen. Cukuplah dengan apa yang dipelajari di sekolah," katanya.
Amishah berkata kejayaan Ahmad Adli juga mungkin didorong oleh kejayaan dua lagi anaknya yang mencatat 5A dalam UPSR. - Bernama

No comments:
Post a Comment