TANAH MERAH - Seorang pemilik gudang ayam di Kampung Hui, Jalan Tanah
Merah-Wang Tepus, di sini, terpaksa menanggung kerugian akibat
kebakaran, kelmarin.
Ketika kejadian, kira-kira jam 3 petang, pemilik gudang, Teoh Jim Seng, 75, sedang berehat di rumahnya yang terletak bersebelahan gudang sebelum menyedari berlakunya kebakaran
Menurutnya, dia bertindak bergegas keluar dari rumahnya itu sebaik sahaja diberitahu oleh pekerjanya yang sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf gudang.
“Gudang itu merupakan sebuah tempat simpanan sebelum semua bekalan ayam hidup dijual kepada pelanggan. Saya bernasib baik kerana bertindak membawa keluar lori dari gudang sebelum sehari berlakunya kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.
Jim Seng yang memiliki 5,000 sangkar ayam bagaimanapun sempat menjual semua bekalannya sempena Aidiladha lalu.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jitra, Hasbullah Mohd Isa, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.18 petang.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba bersama tiga jentera bomba selepas 10 minit menerima panggilan pihaknya mendapati gudang yang berukuran 60 x 180 kaki itu diliputi asap tebal disebabkan api yang sedang marak.
“Hampir 80 peratus gudang berkenaan terbakar namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih di dalam siasatan.
“Anggota bomba mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk mengawal sepenuhnya kebakaran tersebut dengan penglibatan 18 anggota bomba,” katanya.
Hasbullah berkata, berlaku sedikit ancaman kepada kediaman orang awam berhampiran sebelum ia berjaya dikawal sepenuhnya.
“Dua anggota bomba yang salah seorangnya anggota bomba sukarela cedera ringan semasa menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran dan kedua mereka dikerjakan ke hospital,” katanya.

No comments:
Post a Comment