Monday, 19 November 2012

Qardhawi: Ummat Muhammad Siap Berperang di Jalan Allah



""Musuh-musuh Islam berusaha untuk mengurangkan jumlah umat Islam, akan tetapi malah disebalik, justru jumlah umat Islam setiap hari bertambah. Israel mahu menghina umat Islam dengan segala macam cara dan pelbagai senjata, akan tetapi tidak mungkin umat ini akan jatuh selamanya, iaitu umat Muhammad yang siap berperang di jalan Allah, "ungkap beliau.

"KHAIBAR, khaibar ya Yahud! Jaysyu Muhammad Saya'uud ..! Asy-Sya'b yurid tahrir filastiin!!! "

(Ingatlah perang Khaibar wahai kaum Yahudi. Sesungguhnya pasukan Muhammad akan kembali mengalahkan kamu. Masyarakat menginginkan kemerdekaan Palestina). Begitulah di antara teriakan-teriakan jemaah solat Jumaat di Masjid Al-Azhar Mesir, beberapa jam lalu waktu Kaherah, setelah mendengar khutbah Jumaat Syeikh Yusuf Qaradhawi, ketua Persatuan Ulama Islam se-dunia.

"Musuh-musuh Islam berusaha untuk mengurangkan jumlah umat Islam, akan tetapi malah disebalik, justru jumlah umat Islam setiap hari bertambah. Israel mahu menghina umat Islam dengan segala macam cara dan pelbagai senjata, akan tetapi tidak mungkin umat ini akan jatuh selamanya, iaitu umat Muhammad yang siap berperang di jalan Allah, "ungkap beliau.

"Bangsa Israel yang terkutuk melakukan kezaliman kepada saudara-saudara kita di Gaza. Wahai bangsa Israel, sesungguhnya di depanmu ada umat yang besar sebagai umat yang satu, satu barisan, yang disatukan oleh Islam, dan disatukan oleh Muhammad SAW.

"Kita melihat ketika ibadah haji seluruh warna dan jenis berkumpul, dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah adalah penciptaan langit dan bumi, tidak akan jatuh umat ini di hadapan kesombongan Israel, dialah umat Al-Quran dan umat Islam, dan ini adalah panggilan besar untuk umat islam iaitu dakwah yang tidak ada keraguan di dalamnya, maka kami mengajak seluruh dunia bebaskanlah diri kamu daripada menyembah hawa nafsu, dan dari menyembah selain Allah swt, dan menyembah manusia satu sama lain, wahai ahli kitab mari kita bersatu!

"Ini adalah dakwah untuk umat manusia seluruhnya, untuk saudara kita di Mesir, dan seluruh dunia, kerana kita menganggap seluruh dunia ini adalah saudara bagi yang lain kecuali yang membusungkan dada dan mengikuti kemahuan syaitan," demikian Syeikh Qardawi.
 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts