Saturday, 17 November 2012

Kisah Shoichi Yokoi: 28 Tahun Tinggal Dalam Hutan




Sudah lebih daripada 60 tahun semenjak Perang Dunia Ke-2 berakhir dengan keputusan peperangan berpihak kepada Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat..Siapa sangka, walaupun perang telah lama berakhir, seorang askar Jepun yang ketakutan telah ditemui bersembunyi di dalam hutan selama 28 tahun, iaitu kira-kira 40 tahun setelah perang berakhir.

Tepat 40 tahun semenjak seorang askar Jepun ditemui di hutan Guam, setelah terselamat dan berada di sana selama hampir 3 dekad selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2. Beliau diberi sambutan seperti seorang wira semasa ketibaan beliau di Jepun. Walaubagaimana pun, beliau sering merasai seolah-olah masih belum berasa seperti di rumah dalam keadaan Jepun pada era moden ini.


Selama 28 tahun ini, Shoichi Yokoi, seorang askar berpangkat Lans Koperal dalam pasukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke-2 menghabiskan masa dengan bersembunyi di dalam hutan dengan kepercayaan ahli pasukannya akan datang membawanya pulang. Beliau akhirnya telah ditemui oleh sekumpulan pemburu tempatan di Pulau Pasifik, pada 24 Januari 1972 dan askar yang berusia 57 tahun ini masih lagi beranggapan bahawa hidupnya berada dalam bahaya.

“Dia sangat takut.” kata Omi Hatashin, sepupu kepada Yokoi.

Terkejut dengan kehadiran manusia yang sangat ramai setelah bertahun-tahun hidup bersendirian, Yokoi cuba untuk merampas salah satu senapang daripada pemburu berkenaan namun disebabkan faktor pemakanan yang tidak sihat dan lemah, beliau bukan tandingan kepada pemburu tempatan itu.

“Pada masa itu, dia takut pemburu berkenaan akan mengambilnya sebagai tawanan perang – dan merupakan malu yang paling besar bagi seorang Tentera Jepun dan keluarganya yang berada di Jepun.” kata Hatashin lagi.

Semasa sekumpulan pemburu itu cuba untuk membawanya pergi melalui kawasan hutan yang berumput tinggi, dia merayu kepada pemburu berkenaan untuk membunuhnya sahaja di situ. Dengan menggunakan sejarah dan memoir pakciknya, Yokoi selepas dua tahun penemuan beliau, serta testimoni mereka yang menemui pakciknya pada masa itu, Hatashin telah menghabiskan masa selama beberapa tahun untuk menyatukan kembali cerita dramatik pakcik nya itu. Dia berjaya menerbitkan sebuah buku bertajuk “Private Yokoi’s War and Life on Guam, 1944-1972″ dalam Bahasa Inggeris pada 2009.

“Saya sangat berbangga dengan beliau. Beliau adalah seorang yang pemalu dan tenang serta mempunyai kehadiran yang besar.” katanya.



Pengalaman pahit Yokoi bermula pada Julai 1944 apabila Tentera US menyerbu Guam sebagai sebahagian daripada serangan mereka terhadap Jepun dalam pertempuran di Pasifik. Serangan tersebut sangat ganas, bilangan mangsa yang terkorban adalah tinggi pada kedua-dua belah pihak. Namun, apabila pusat perintah Jepun berjaya diganggu, askar seperti Yokoi dan lain-lain askar dalam pasukan mereka, terpaksa dibiarkan hidup untuk menjaga diri-mereka sendiri.

“Dari awal, mereka mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak dikesan pihak musuh. Mereka memadam bekas tapak kaki mereka apabila mereka melangkah masuk dan bergerak melalui semak.” kata Hatashin.

Dalam tahun-tahun awal keadaan Tentera Jepun itu, bilangan mereka semakin berkurangan dengan hanya menjadi beberapa dozen anggota. Mereka terpaksa menangkap dan membunuh haiwan ternakan penduduk tempatan sebagai sumber makanan. Bimbang dikesan oleh Tentera US dan penduduk tempatan, mereka membawa diri semakin dalam ke dalam hutan. Di sana, mereka terpaksa makan katak beracun, belut dan tikus. Yokoi juga ada membuat perangkap dari buluh untuk menangkap belut. Beliau juga menggali sebuah lubang perlindungan bawah tanah yang disokong dengan batang buluh yang kuat.

“Beliau merupakan seorang lelaki yang sangat pintar”. kata Hatashin.

Membuatkan dirinya sibuk juga dapat membantu beliau melupakan sejenak daripada terlampau berfikir mengenai sanak-saudara atau keluarga di kampung halaman, kata sepupunya itu lagi.

Kembali ke Guam

Memoir Yokoi sendiri juga menceritakan mengenai pengalaman beliau semasa bersembunyi dan mendedahkan keadaan terdesak beliau untuk tidak putus harapan, tambah-tambah lagi semasa tempoh 8 tahun yang terakhir di mana beliau benar-benar hidup keseorangan selepas dua sahabat terakhirnya yang masih hidup, meninggal dunia semasa banjir pada tahun 1964.

Dengan menumpukan fikiran beliau untuk pulang dan berjumpa dengan ibunya yang uzur, beliau sendiri pernah menulis. “Ia adalah sia-sia untuk membuatkan hatiku sakit dengan dengan perkara-perkara seperti ini.”

Pada suatu ketika yang lain, semasa dia dalam keadaan sakit yang teramat sangat di dalam hutan, dia menulis. “Tidak! Saya tidak boleh mati di sini! Saya tidak boleh mendedahkan mayat saya kepada musuh. Saya mesti pulang ke rumah untuk mati. Saya telah berada sejauh ini untuk selamat dan saya tak boleh sia-sia kan nya sekarang.”

Dua minggu selepas penemuan beliau di dalam hutan, beliau akhirnya dibawa pulang ke Jepun. Beliau telah dikepung dengan pihak media, ditemuramah di televisyen dan radio, dan kerap dijemput untuk memberikan ucapan di universiti-universiti dan sekolah-sekolah di seluruh negara.


Hatashin, yang ketika itu berusia 6 tahun semasa Yokoi mengahwini makciknya berkata bekas askar memang tidak boleh hidup tenang di dalam kehidupan moden Jepun. Yokoi tidak kagum dengan pembangunan pesat negara selepas perang dan sekali mengulas mengenai rupa baru matawang 10,000 Yen yang kini dianggap seperti “tidak bernilai” itu.

Menurut Hatashin, pakciknya itu sering bernostalgia mengenai kehidupan pada masa lalu seiring dengan keadaannya yang semakin tua, dan sebelum kematiannya pada tahun 1997, beliau kerap berkunjung ke Guam bersama isterinya. Beberapa hadiah peninggalannya ketika hayat nya dihutan termasuk perangkap belut ciptaannya sendiri, tersimpan di dalam muzium kecil di pulau itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts