Sumber: Ibnu Hasyim
Biarkan seks berkembang, awas jangan meletup!
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
"TOLONG beri tip sikit untuk bulan
Ramadhan." Seseorang memberi komen kepada saya. Maka inilah tips saya
untuk para remaja, terutama yang baru berkahwin.
TIPS SEKS PADA BULAN RAMADHAN.
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)
Sebelum persembah tipnya, kena tahu ini dulu...
Firman Allah SWT:
TIPS SEKS PADA BULAN RAMADHAN.
KULIAH URA (UNIVERSITI RAMADHAN AL-MUBARAK)
Sebelum persembah tipnya, kena tahu ini dulu...
Firman Allah SWT:
- فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمْ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنْ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنْ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ.
- Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan
- (2) makanlah serta
- (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
- Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). [al-Baqarah 2:187]
Sabda Nabi SAW:
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ
إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ: هَلَكْتُ يَا رَسُولَ
اللَّهِ! قَالَ: وَمَا
أَهْلَكَكَ؟ قَالَ: وَقَعْتُ
عَلَى امْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ.
قَالَ: هَلْ تَجِدُ مَا تُعْتِقُ
رَقَبَةً؟ قَالَ :لاَ. قَالَ: فَهَلْ
تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ
شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ؟
قَالَ: لاَ. قَالَ: فَهَلْ تَجِدُ
مَا تُطْعِمُ سِتِّينَ
مِسْكِينًا؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: ثُمَّ
جَلَسَ فَأُتِيَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيهِ
تَمْرٌ فَقَالَ: تَصَدَّقْ
بِهَذَا. قَالَ: أَفْقَرَ مِنَّا
فَمَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا
أَهْلُ بَيْتٍ أَحْوَجُ
إِلَيْهِ مِنَّا. فَضَحِكَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى
بَدَتْ أَنْيَابُهُ ثُمَّ قَالَ:
اذْهَبْ فَأَطْعِمْهُ
أَهْلَكَ.
Dari Abu Hurairah RA,bahawa seorang lelaki datang menemui NabiSAW berkata: “Celakalah saya wahai Rasulullah!”
Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?”
Dia menjawab:
“Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari)
bulan Ramadhan.”
Lalu
Rasulullah bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk
dibebaskan?”
“Tidak!”
“Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?”
“Tidak!”
“Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?”
“Tidak!”
Kemudian dia duduk. Tatkala itu dibawakan kepada Nabi SAW sebakul
kurma. Rasulullah berkata kepadanya: “Sedekahkanlah (kurma) ini”.
Dia
menjawab: “Adakah yang lebih miskin dari kami? Tidak ada yang
lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.”
Mendengar yang sedemikian Nabi SAW ketawa sehingga nampak gigi beliau. Lalu baginda bersabda: “Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).”
[Sahih: Dikeluarkan
oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1111-1 (Kitab al-Siyam, Bab larangan keras melakukan hubungan seks…)].
Dikatakan semasa memasuki Ramadhan, sudah menjadi gejala umum bila ramai isteri yang akan
menolak diajak berhubungan intim oleh suaminya selama bulan suci. Atau
dengan kata lain, Ramadhan juga bererti puasa seks. Aneh memang, kerana
tak ada hukum pun yang melarang hal itu. Maka kegiatan Ramadhan perlu jalan terus, dan aktifiti seks pun tidak ketinggalan.
Pertama: Bukan Beban.
Memang, terkadang berhubungan intim selama bulan puasa jadi beban bagi sesuatu pasangan. Tidak jarang, salah satu pihak, biasanya dari pihak isteri, menolak diajak bercumbu. Alasannya macam-macam. Dari kelelahan menyiapkan hidangan berbuka dan sahur, tidak mahu menodai kesucian bulan puasa, sampai sudah meniatkan diri untuk total beribadah sebulan penuh.

Sebetulnya, hal itu tidak perlu terjadi. Sebab, kita mesti dapat membedakan mana hal yang wajib dan mana yang sunat. Quran
Surat al-Baqarah ayat 187, menyatakan dihalalkan kepada kamu pada malam
Ramadhan berhubungan sebadan dengan isteri-isterimu. Ayat ini membolehkan hubungan
seks di malam hari. Ini bererti hanya di siang hari Ramadan, hubungan
seks tidak dibenarkan. Kerana itu, jangan jadikan ianya sebagai beban. Bukankah
hukum agama membolehkan? Jadi, nikmati sajalah!
Kedua: Seks Berpahala.
Melakukan hubungan seks di bulan Ramadan, sebetulnya tidak apa-apa. Jangan merasa bersalah. Kerana berhubungan seks itu berpahala. Bagi isteri, itu sama saja dengan ibadah. Kamu pasti tahu, melayani suami termasuk ibadah. Kerana itu lakukan dengan senang hati, dengan ikhlas. Kamu boleh nikmatinya.

Apalagi, itu merupakan kewajiban seorang isteri. Jadi
sepanjang permintaan suami masih wajar, lakukan saja. Jadi, kamu berdua
yang akan merasakan nikmatnya. Jadi mengapa tidak? Jangan sampai
ada perasaan ingin merasa menang dan memaksakan. Misalnya, suami yang
menginginkan hubungan intim memaksakan kehendaknya pada isteri yang
sebenarnya tidak mahu.
Ketiga: Pandai Atur Masa.
Hanya saja, dalam berhubungan intim, kamu mesti pandai mengatur waktu. Kerana waktunya memang singkat dan padat. Itulah ilmu pentadbiran.Contohnya, lepas berbuka, solat Magrib. Makan, lepas itu ke masjid solat Isyak dan tarawih. Selesai kira-kira pulul 11 malam. Waktu itulah peluang untuk bermesra suami isteri, kerana besok pukul 2 atau 3 kena siapkan untuk bersahur. Perlukah guna teknik khas? Teknik dan gaya apa pun, radikal sekalipun, dapat kamu lakukan dengan bebas tanpa gangguan, dengan masa yang terhad.

Keempat: Seks kilat.
Berpuasa, mahu tak mahu, membuat keadaan fizik jadi melemah. Apalagi jika kamu berdua adalah pasangan yang sama-sama bekerja. Belum lagi waktu kerja yang sedikit dan sempit. Oleh itu, waktu yang ada perlu dimanfaatkan semaksimal mungkin. Kalau kamu biasa melakukan hubungan seks selama 2 atau 3 jam, selama bulan puasa lakukanlah lebih singkat. Cukup satu jam atau setengah jam saja. Seks kilat lebih tepat dilakukan pada situasi seperti ini. Pokoknya, kegiatan seks tetap dilakukan selama bulan puasa. Meski singkat. Itu tetap lebih baik daripada tidak sama sekali. Seks tidak mengenal kata berhenti, setuju?
Kelima: Mandi cepat.
Salah satu hal yang membuat seseorang itu malas bersebadan pada bulan Ramadan adalah kewajiban mensucikan diri (janabah) selepas aktivitas seks itu. Kamu mungkin berpikiran mesti mandi, sebelum waktu imsak tiba. Dan itu membuat kamu berfikir 10 kali untuk bersebadan.
Padahal, pendapat sepakat ulama menyatakan, bagi yang berhubungan seks di malam hari, tidak harus mandi sebelum terbitnya fajar. Kamu hanya berkewajiban mandi sebelum terbitnya matahari, paling tidak dalam jangka waktu yang memungkinkan solat subuh dalam keadaan suci. Boleh kamu mandi semasa hampir masuk waktu subuh.
Jadi tiada alasan berpuasa, untuk meneruskan seks di bulan Ramadan, kan?

No comments:
Post a Comment