Tuesday 31 July 2012

ISU BAYAR SAMAN - Cadangan Penguasa Yang Kaya Hendak Hisap "DUIT" Rakyat..!!

Bayar saman pada masa yang sama ia dikeluarkan dicadang


31 Julai 2012
Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam
Tun Zaki Tun Azmi
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam hari ini mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman perlu membayar saman berkenaan pada masa yang sama ia dikeluarkan.

Pengerusinya Tun Zaki Azmi berkata jika pesalah berkenaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka dicadangkan agar ditahan pihak berkuasa terbabit.

Bagi kesalahan yang membabitkan kesalahan meletak kenderaan pula katanya, kenderaan berkenaan akan dikunci dan ditarik.

"Sehingga kini berjuta-juta saman seluruh negara yang tidak dibayar, tetapi hanya diketepikan sahaja seperti tak menghormati undang-undang negara. Jadi kita kena paksa dia hormat undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya khas berkenaan bersama agensi-agensi penguatkuasaan pengangkutan jalan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
   

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kuantan dan Majlis Bandaraya Kuching.

Zaki berkata antara jumlah tunggakan saman yang diketahui pada masa ini adalah RM5 juta bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL), RM2.5 juta bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), RM5 juta untuk Majlis Bandaraya Kuching dan RM600,000 bagi Majlis Perbandaran Kuantan, tidak termasuk bagi PDRM.

Zaki berkata cadangan itu juga terpakai untuk semua agensi penguatkuasaan kesalahan jalan raya, dan untuk semua jenis kesalahan jalan raya termasuk tidak mematuhi had laju, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar, dan ia telahpun dilaksana di negara-negara lain termasuk Singapura dan London.

Beliau berkata soal membebankan pengguna jalan raya tidak timbul kerana yang perlu berbuat demikian hanya mereka yang melakukan kesalahan jalan raya. 

Beliau berkata tambahan lagi, bayaran saman kini boleh dilakukan melalui penggunaan kad kredit, jadi ia tidak membawa sebarang masalah.

Cadangan itu akan dipanjangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat, dan ia diharap dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya sempena musim perayaan ini, katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata Cuepacs menyokong penuh saranan itu dan menyeru agar semua penjawat awam membayar semua saman mereka, jika ada, bagi menunjukkan bahawa penjawat awam menghormati undang-undang negara.

Beliau berkata apabila cadangan berkenaan dilaksanakan, ia akan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terbabit dan  mampu mencegah mereka daripada melakukan kesalahan sama pada masa hadapan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts