Tuesday, 31 July 2012

Gadis Fobia Tengok Sayur


NEWPORT, Wales 30 Julai - Seorang remaja perempuan di sini yang mengalami fobia makanan, hanya makan keju, roti dan kentang goreng selama lapan tahun ekoran mengalami masalah pemakanan luar biasa.
Abi Stroud, 18, akan mengalami serangan panik sekiranya makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, malah membuatnya tidak keruan jika melihat seseorang mengopek kulit pisang.

Corak pemakanan Stroud dalam tempoh seminggu melibatkan tiga blok keju, tiga beg kentang beku dan tiga buku roti, namun kesemuanya dibeli mengikut jenama tertentu.

Remaja tersebut mula menolak cara pemakanan normal sejak berusia 10 tahun akibat masalah psikologi selepas kematian neneknya sambil menyatakan dia berasa malu dengan perkara itu.

"Saya hanya boleh makan keju dan kentang, perkara itu sangat memalukan.

"Saya tidak berani untuk keluar makan bersama rakan-rakan kerana bimbang disuruh makan makanan lain," katanya.

Masalah yang dihadapi Stroud digelar 'Masalah Pemilihan Makanan (SED)', di mana dia mengalami fobia terhadap kesemua makanan sehingga membuatnya takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Selain itu, remaja tersebut juga hanya makan makanan yang disediakan oleh ibunya, Debra, 42.

Amalan pemakanannya turut menyebabkan Stroud mengalami masalah kesihatan dan berat badan sejak berusia 16 tahun. - AGENSI

........
http://penjualcendol.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Popular Posts