PUTRAJAYA – Jika anda mahu menikmati suasana berbuka puasa yang
lebih afdal, mungkin Masjid Putra di Presint 1 di sini menjadi tempat
yang sesuai untuk anda mencubanya.
Masjid tersebut sudah 14 tahun berturut-turut menganjurkan program
berbuka puasa secara percuma untuk pengunjungnya sejak tahun 1999.
Kebanyakan mereka yang berbuka puasa di masjid tersebut bukan
sahaja terdiri daripada warga Putrajaya malah pelajar dan pelancong
asing.
Imam Besar, Abd. Manaf Mat berkata, lazimnya kira-kira 4,000 jemaah memenuhi masjid untuk solat Maghrib, Isyak dan tarawih.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 1,600 jemaah akan
berbuka puasa di masjid berkenaan berbanding sekitar 1,300 orang pada
tahun sebelumnya.
“Kami menyediakan kurma, kuih-muih dan air untuk berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib.
“Selepas itu, barulah kesemua jemaah berbuka dengan nasi dan lauk-pauk,” katanya kepada Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment