MANILA: Seorang pegawai tempatan Filipina dipecat kerana ponteng kerja untuk pergi ke majlis perjumpaan rakan sekolah di sebuah pulau dan kemudian memuat naik gambar percutian itu di Facebook.
Pegawai Maklumat Wilayah, Maynardo Valdez menutup pejabatnya selama
empat hari pada Julai tahun lalu untuk bersama bekas rakan kelasnya
pergi bercuti di Pulau Boracay, kata majikannya, Agensi Maklumat
Filipina.
Usaha pegawai untuk mencari Valdez tidak berhasil, tetapi majikannya
akhirnya mengetahui mengenai percutian itu apabila melihat gambar di
Internet.
Menurut surat pemecatannya bulan lalu, “Rahsia percutian ke Pulau Boracay didedahkan apabila gambarnya dilihat di laman rangkaian sosial.
Menurut surat pemecatannya bulan lalu, “Rahsia percutian ke Pulau Boracay didedahkan apabila gambarnya dilihat di laman rangkaian sosial.
“Gambar itu kemudian dicetak sebagai bahan bukti untuk kes ini.”
Agensi kerajaan yang hanya mendedahkan pemecatan itu minggu ini
berkata, Valdez dipecat kerana “mengabaikan tugas, salah laku dan tidak
jujur.”
Valdez tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. - Manila Times
Valdez tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. - Manila Times
No comments:
Post a Comment