Sumber: Ibnu Hasyim
THE Shard, bangunan tertinggi di Eropah, dirasmikan Khamis lalu.
Dengan 11,000 tingkap yang boleh melitupi kawasan seluas lapan padang
bola sepak, kerja membersihkannya pasti bukan kerja mudah.
Bangunan itu disifatkan oleh pemajunya sebagai ‘bandar raya maya’ yang lengkap dengan pejabat, sebuah hotel, apartmen mewah dan platform meninjau dengan pemandangan menakjubkan sekeliling London.
Dengan pembidaan untuk kerja pembersihan masih terbuka, beberapa syarikat di Britain menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan kontrak mencuci tingkap paling lumayan di Eropah itu.

Berbeza dengan bangunan biasa yang dibersih menggunakan gondola,
permukaan bersudut Shard yang setinggi 309.6 meter itu memerlukan
pasukan pakar untuk melungsur dari tingkap ke tingkap sambil mencuci.
Untuk memastikan tingkap sebuah menara itu bersih seperti bangunan Canary Wharf, kosnya boleh menjangkau £150,000 (RM750,000) setahun dan mungkin mengambil masa seminggu untuk membersihkan satu permukaan.
Seorang pekerja penyelenggara berkata: ‘Saya sudah naik ke tingkat 71 dan agak menakutkan apabila melihat ke bawah dari dalam.

“Saya tak dapat nak bayangkan jika berada di luar pada ketinggian itu. Namun mereka yang bekerja di atas sudah biasa.”
Reka bentuk Shard dengan penggunaan panel kaca menjadikan pencakar langit itu satu daripada mercu anda paling ikonik di London.
Ia dimiliki bersama oleh kerajaan Qatar dan Kumpulan Hartanah Sellar serta dibiayai oleh Bank Nasional Qatar.
Acara perasmiannya Khamis lalu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Qatar, Hamad Bin Jassim Bin Jabor Al Thani, dan Duke of York, Putera Andrew, menandakan siapnya bahagian luar bangunan berkenaan, sementara kerja di bahagian dalam dijangka berterusan hingga 2013.
Bangunan pencakar langit itu adalah sebahagian daripada pembangunan di Southwalk yang dikenali sebagai London Bridge Quarter. Kedudukan Shard sebagai menara paling tinggi di Eropah bagaimanapun tidak akan bertahan lama. Menara Bandar Raya Mercury di Russia yang setinggi 331 meter dijadual siap menjelang akhir tahun depan.
Tiket untuk naik ke atas dan melihat pemandangan sekeliling mula dijual Jumaat lalu. Namun, pembeli hanya boleh menaikinya pada 1 Februari tahun depan. Sehingga ini, lebih 17,500 orang mendaftarkan diri secara on-line untuk tujuan itu. (myMetro)

No comments:
Post a Comment