KABUL - Sebuah kafe internet khas untuk wanita telah dibuka di sini baru-baru ini.
Kafe itu diberi nama Sahar Gul sempena nama seorang pengantin
perempuan berusia 15 tahun yang pernah didera dan dikurung oleh
suaminya.
Kafe itu dibuka oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Wanita Muda Untuk Berubah.
Menurut kumpulan itu, wanita tidak menggunakan kafe internet yang dikuasai lelaki di sini.
Keadaan itu berlaku kerana wanita berdepan dengan gangguan daripada lelaki, kata kumpulan tersebut.
"Sebagai usaha menyediakan akses internet kepada wanita, kami kerap
mengadakan sesi latihan untuk gadis bagi mengajar mereka tentang cara
menggunakannya dan pentingnya media sosial sebagai cara meningkatkan
kesedaran berhubung hak mereka," kata pengurus kafe tersebut, Tooba
Ahmadyar. - AFP
No comments:
Post a Comment