Masjid Cina yang pertama di Malaysia....
Kita biasa mendengar nama Masjid
India, ramai di kalangan kita yang turut mengimarahkannya. Masjid India
wujud di banyak tempat dan ada di hampir setiap negeri di Malaysia.
Sebaliknya Masjid Cina pula agak
asing di negara kita sedangkan negara kita mempunyai tidak kurang
daripada 62,000 orang Cina Muslim (Banci Negara 2002) di Malaysia.
Alhamdulillah, pembukaan Masjid
Cina di Rahang Square, Seremban adalah satu sejarah kerana masjid ini
dikatakan merupakan Masjid Cina yang pertama dibina di Malaysia.
Masjid ini juga beroperasi
sebagai Pusat Saudara Baru dan Pusat Kegiatan yang memberi peluang
kepada kumpulan sasar iaitu masyarakat Cina Muslim untuk mendalami
ilmu-ilmu agama Islam serta pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
Ia turut lengkap dengan laman
dan menara pagoda serta pelbagai kemudahan antaranya dewan serbaguna,
dewan solat utama, ruang pejabat, bilik imam, perpustakaan serta bilik
mesyuarat.
Semoga kewujudan kompleks ini
juga akan menjadikannya sebagai pemangkin terhadap perkembangan dakwah
Islam kepada masyarakat Tiong Hua di Malaysia.
Saya pun sangat khuatir kalau
gagal menjawab soalan di Akhirat nanti akan kenapa kita tidak berdakwah
kepada mereka walau pun telah berpuluh-puluh tahun kita hidup dan
bermuamalah bersama mereka ketika berkerjaya dan dalam urusan kehidupan
seharian. FB Dr Zainur Rashid Zainuddin
===///===
Nota : Masjid ini sebenarnya
merupakan Masjid Cina kedua di Malaysia selepas Masjid Beijing Rantau
Panjang yang telah disempurnakan pembukaan nya oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004.
Simber Foto dan Artikel Mengenainya : Come2Kelantan.my |
Pendedahan yang dibuat oleh Dr
Zainur Rashid Zainuddin adalah sesuatu yang tepat pada masanya dan perlu
kita sebagai orang muslim di Malaysia untuk memandang serius tentang
perkara ini. Sejauh manakah usaha dakwah kita dalam mendekati kaum
tiong-hwa selama kita bermuamalah dengan mereka?
Dalam pada kita inginkan Hukum
Islam tertegak dinegara kita ini, sudahkan kita menjalankan kerja dakwah
kepada non muslim untuk menarik mereka kejalan Islam ??
Wa setuju 100% dengan pandangan
beliau, dengan usia 55 tahun kemerdekaan negara dan selama itulah Islam
menjadi tunjang, sepatutnya jumlah Masjid Cina ini bukan hanya berjumlah
2 buah sahaja. Mudah mudahan kita akan menyaksikan perkembangannya
dalam masa yang terdekat ini nanti .. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment