Tuesday 31 July 2012

Kerajaan Negeri Kedah bagi duit raya kepada pelajar Sek Agama Rakyat


RM500 ribu disumbang untuk pelajar sekolah HESA
Ditulis oleh Azimah Rafie dan Maslina Harun
ALOR SETAR, 30 Julai 2012 – Seramai 5,084 orang pelajar sekolah di bawah Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) mendapat bantuan RM100 seorang.
Bantuan ini berikutan dengan ketidakadilan kerajaan Pusat dalam membahagikan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah agama di Kedah menyebabkan sesetengah pihak merasakan diri mereka terpinggir.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul dalam ucapannya berkata, berlaku diskriminasi dalam pembahagian bantuan RM100 kepada pelajar sekolah menyebabkan pelajar dibawah HESA ini tidak mendapat sumbangan dari kerajaan Pusat sedangkan mereka juga adalah pelajar sekolah yang memerlukan bantuan.

“Kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat, maka sumbangan ini diberikan khusus kepada pelajar-pelajar HESA yang terdiri daripada pelajar sekolah agama, madrasah dan sekolah tahfiz melalui peruntukan Tabung Tunku Mahmud,” ujarnya.
Tambah beliau, walaupun bantuan ini lewat disampaikan namun ia dapat meringankan beban pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, kepada wakil pelajar dan guru-guru sekolah agama di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Tandop.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts