Tuesday, 24 July 2012

Tarian Seksi Jennifer Lopez


Dia mungkin berusia 42 tahun tetapi itu bukan alasan untuk Jennifer Lopez menghentikan rutin tarian seksinya. Dan malam tadi penyanyi ini muncul dengan tarian dan pakaian yang agak terlampau ketat dan seksi di pentas Argentina TV, Sonando por Cantar - rancangan American Idol versi Amerika Selatan. Dalam persembahan nya itu, J.Lo memakai pakaian ketat menampakkan bentuk badan terutama di bahagian intim serta di kelilingi penari seksi, tambah hot apabila J.Lo duduk berkangkang di atas badan penari lelaki nya.
Posted: 17 Jul 2012 10:55 AM PDT

BEIJING - Kerajaan tempatan Liuzhou di wilayah Guangxi, China kini menawarkan wang sebanyak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan piranha yang ditangkap sama ada sudah mati atau masih hidup.
Tawaran itu dibuat berikutan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang. Mereka diserang ikan daripada spesies piranha Amerika Selatan ketika mengayuh sampan di sungai terbabit, lapor akhbar China Daily. - Reuters
Posted: 16 Jul 2012 10:34 PM PDT
Hebat, selepas si tua ni keluar dari perjuangan islam melalui parti PAS, dia kelihatan sangat aktif 'mempromosikan' keburukan PAS dan pembangkang. Terbaru tersebar video orang tua ini memfitnah Azmin Ali berkongsi isteri dengan orang lain. Walhal si tua ini tidak membawa 4 orang saksi, tetapi dia tetap bercakap dengan penuh keyakinan mengenai perkara tersebut.

Posted: 16 Jul 2012 06:19 PM PDT

Parti politik berhaluan kanan Perancis, Barisan Nasional akan menyaman penyanyi terkenal, Madonna selepas video muziknya memaparkan terdapat simbol Nazi di wajah pemimpin parti itu, Marine Le Pen semasa konsertnya berlangsung di sini.

Video yang disiarkan di sebuah skrin gergasi memaparkan wajah Madonna bersama beberapa tokoh terkemuka seperti Ketua Gereja Kristian Roman Katholik, Pope Benedict XVI dan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Wajah Pen muncul beberapa saat dengan simbol Fasis dan diikuti seorang lelaki mirip pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

"Satu kes kerana menghina akan dikemukakan pada minggu depan," kata Naib Presiden parti Barisan Nasional, Florian Philippot.

Philippot menganggap imej-imej itu sebagai satu provokasi yang tidak boleh diterima kerana ia cuba menyamakan Pen yang memenangi 18 peratus undi pada pilihan raya Presiden Perancis pusingan pertama pada April lalu dengan fahaman fasis. - Reuters
Posted: 16 Jul 2012 06:19 PM PDT
URUMQI (Xinjiang): Marwanijun dilahirkan tanpa mata, tetapi kelihatan gembira apabila lampu picit diacukan ke mukanya.

Sejak berusia lapan bulan, lampu picit sering diacukan ke arah rongga Marwanijun di mana mata kirinya sepatut berada.

Kini doktor di China mendapati dia mempunyai mata di bawah lapisan kulit itu, tetapi ia terlalu sensitif untuk didedahkan. Ibu bapa kanak-kanak terbabit kecewa apabila anak lelaki mereka dilahirkan hanya dengan lapisan kulit yang licin menutupi rongga mata.

Namun apabila bapa, Madamihan dan ibunya, Salamu, masing-masing berusia 26 tahun membawa anak mereka dari desa terpencil ke sebuah hospital di Urumqi yang juga ibu negeri Xinjiang, mereka diberikan sinar harapan. Doktor memberitahu anak mereka sukakan lampu picit kerana dia sebenarnya mempunyai mata kiri, tetapi ia dilitupi lapisan kulit.

“Dia teruja untuk melihat cahaya dan kami berdoa setiap hari supaya dia dapat melihat cahaya,” kata Madamihan.

Malangnya pakar di Hospital Tentera 474 berkata, kanak-kanak itu tidak sesuai untuk menjalani pembedahan kerana matanya tidak mempunyai kanta.

Walaupun jika pembedahan dapat mendedahkan bola mata kirinya, dia mungkin tidak dapat melihat apa-apa. Doktor mencadangkan kanak-kanak itu mungkin sesuai untuk diberikan mata palsu apabila dia mencecah usia 16 tahun.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kanak-kanak dilahirkan tanpa mata
Posted: 16 Jul 2012 06:17 PM PDT

Robert Cobb dari Columbia, Missouri suka menjelajah gua bersama rakan-rakannya. Bermula masalah dalam hidupnya selepas pulang dari menjelajah gua di Lost Springs, Arkansas bersama dengan dua orang lelaki muda yang lain, John Wheldon, 23 dan Erik Seybock, 19. Ketiga-tiga mereka merupakan rakan dan pelajar di University of Missouri. John Wheldon merupakan tukang ambil gambar dalam misi itu dan beberapa hari selepas pulang dari penjelajahan, John telah memuat naik gambar penerokaan mereka di facebook dan terus "tag" dua rakannya itu. Robert Cobb yang melihat gambar itu terus me"like" gambar tanpa memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada gambar iaitu terdapat batu yang mirip seperti zakar betul-betul berada di depan wajah Robert Coob.

Sejak itu, masalah mula datang, bermula dengan tanggapan salah kekasihnya, Jennifer Elders, 14, yang memutuskan hubungan dua tahun mereka melalui mesej kerana beranggapan gambar itu amat menjijikkan dan Robert Cobb pula kelihatan begitu gembira dalam gambar itu. Malah bos di tempat kerjanya sebagai pelayan selama hampir setahun telah memotong tempoh masa bekerjanya daripada 20 jam seminggu kepada 2-3 jam pada hanya hari rabu sahaja. Dia juga terpaksa meyakinkan ibunya bahawa dia bukan "GAY". Lebih teruk lagi apabila gambar itu di muat naik oleh seseorang ke laman Reddit.

"Saya letih dipanggil sebagai Enormous Stone Cock Guy" Kata Robert Cobb yang sejak kejadian itu suka berkurung di apartmentnya dan tidak menghadiri kesemua kelas musim panasnya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts