ALOR
SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, YB. Md Zuki
Yusof dilantik menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis
Daerah Kubang Pasu (MDKP).
Md Zuki yang juga Pengerusi Sekretariat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pas Kedah berkata, keputusan untuk melantik dirinya diputuskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.
Menurutnya, beliau secara rasmi memegang jawatan itu pada 26 Disember 2012 dan selesai melaksanakan upacara mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak serta Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Anas Ahmad Zakie pada 27 Disember 2012.
“Walaupun
Menteri Besar pada 5 Disember 2012 mengumumkan Exco Kerajaan Negeri,
YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi dilantik menjalankan tugas YDP,
namun setelah merujuk Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, mesyuarat
memutuskan jawatan itu lebih sesuai diserahkan kepada orang lain,”
katanya.Md Zuki yang juga Pengerusi Sekretariat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pas Kedah berkata, keputusan untuk melantik dirinya diputuskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.
Menurutnya, beliau secara rasmi memegang jawatan itu pada 26 Disember 2012 dan selesai melaksanakan upacara mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak serta Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Anas Ahmad Zakie pada 27 Disember 2012.
Beliau memberitahu, semenjak memegang jawatan berkenaan, beliau sudah pergi beberapa kali ke MDKP untuk memulakan tugas yang tertangguh sejak kerusi YDP itu kosong sebelum ini.
Tambahnya, satu mesyuarat khas pembentangan bajet turut diadakan untuk merancang pelbagai program bagi memajukan Daerah Kubang Pasu.
“Dalam pada itu, kita juga akan melihat satu persatu projek pembangunan yang dirancang sebelum ini sebelum diluluskan mengikut keutamaan bagi memberi manfaat kepada seluruh penduduk termasuk isu lain seperti masalah peniaga,” jelasnya.
Beliau juga berharap kakitangan, pegawai atasan di MDKP, ahli majlis dan semua penduduk dapat memberi kerjasama baik terhadapnya untuk memastikan segala rancangan berjalan lancar.
“Saya juga akan turun padang bertemu masyarakat setempat,” katanya.
No comments:
Post a Comment