Thursday, 3 January 2013

Cara Mengesan Pencuri Line Wifi Anda





Semenjak pasang BB Streamyx WIFI bulan lepas, ramai juga suara-suara yang kata line WIFI saya ni tak begitu kuat sebab guna security WEP saja. Bukan nak kedekut tak mahu orang lain pakai, tetapi kalau curi line WIFI tu lain maksudnya. Mencuri line WIFI tu tak berdosa kah? Kalau saya halalkan mungkin tak lah kan haha.

Sebagai pembayar bil dan tuan punya WIFI, tentu sekali anda pun akan sakit hati apabila bandwith data WIFI yang anda guna seringkali habis belum sempat pertengahan bulan atau akhir bulan(bagi yang guna limited data).

Cara mengesan perompak WIFI anda yang telah dihack/crack, walaupun sudah dipasang password yang boleh dikatakan kuat, tetap dapat ditembusi oleh pengguna-pengguna haram ini yang  langsung tiada share membayar bil anda.

Jadi, ini ada software yang anda perlu install software  pada komputer atau laptop anda. Dan ketahui samada betul atau tidak, WIFI anda telah diseludup atau berkenaan masalah lain, yang boleh dirujuk kepada provider internet anda. Antara kelebihan lain lagi, anda dapat cut off atau memutuskan perkhidmatan haram pencuri tersebut..haha!

Download Software ini dulu:- KLIK SINI
P/s: Macam mana menjadi tak? kali ni habiskanlah riwayat si pencuri WIFI haram tu...selamat mencuba!


Nota : Hangpa kena tau MAC Address hangpa sendiri jgn tersilap cut..naya nanti.Aku dah cuba sofware ini..cun beb-ahmadi

Blog www.mamamurai.com
cara melindungi Wifi anda daripada dicuri• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Salam sejahtera semua. Kalau nak tahu dua tiga hari ini lampu signal wireless pada modem saya memang meriah ala-ala lampu I-City giteww. Ingatkan memang dah paten modem wifi Streamyx begitu. Selidik punya selidik, rupa-rupanya itu adalah tanda wifi / wireless saya sedang dicuri.
Hampeh…
Okey serius saya akui, ada di antara bab-bab tenet saya terlepas pandang.
Baik punya tabiat kan.
Geram punya pasal maka pagi tadi dengan tekunnya saya menelaah beberapa tutorial cara melindungi wifi daripada dicuri dari blog Mat Saleh. Dan syukur Alhamdulillah, nampak gaya pelajaran saya hari ini tidak sia-sia dan menampakkan keberkesanannya kerana sejak tengah hari tadi lampu signal wireless tu dah tak berkelip dah. Mungkin sebab jiran saya tu tengah pening kepala cari cara hack wpa password pula.
So di atas kesedaran sivik yang tinggi, chewahh… izinkan saya untuk berkongsi dengan korang semua bagaimana cara untuk melindungi wifi daripada dicuri oleh orang lain especially jiran korang pada entri kali ini.
Kalau rasa-rasa tak faham, jangan segan untuk bertanya dengan saya ek. Saya dengan seikhlas hati akan cuba membantu.
Cara melindungi wifi daripada dicuri. 1. Tukar SSID kepada nama virus.
Ini cara elak wifi kena curi yang paling basic. Selalunya hackers yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti curi wireless (bajet hackers) akan teragak-agak untuk crack wifi yang mempunyai persamaan dengan nama virus or something sounds like that contohnya trojan.exe. Makin pelik nama SSID korang, maka makin selamatlah wireless tu nanti. Tapi bagi mereka yang advanced, percayalah cara ini tak banyak membantu.
2. Sembunyikan SSID (Hide SSID / hide wireless).
Taktik yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menipu penggodam wifi. Dengan menyembunyikan SSID, penggodam wifi akan menyangka bahawa korang tidak memasang wireless network kerana nama wifi yang telah disetkan tidak akan muncul dalam senarai available wifi pada mana-mana komputer. Masalahnya cara ini tetap bukan cara yang paling ampuh kerana penggodam wifi yang advanced masih boleh sniff packet Wireless Network yang sudah disembunyikan dengan tool seperti inSSIDer ataupun Kismet.
3. Hidupkan fungsi Mac address filtering.
Terlebih dahulu mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan Mac address. MAC Address yang juga sering disebut sebagai Ethernet address, physical address, atau hardware address merupakan alamat unik (berupa nombor) yang memberi tanda pengenalan kepada sesebuah komputer dalam LAN. Walaupun Mac address sebenarnya masih boleh ditukar dan menjadi mangsa clone, tapi yang bestnya masih ramai yang tak tahu cara tersebut. Kaedah ini membenarkan komputer dengan MAC Address tertentu sahaja dapat mengakses Internet, selebihnya MAC address akan diban.
4. Tukar default password dalam router.
Yang ni pun cara paling basic untuk melindungi password wifi. Kalau boleh tukar password kepada gabungan nombor + huruf (besar + kecil) + ascii yang berselerak contohnya a1Y4@k*9N0#d9R7b3W0t atau password yang lebih panjang dan susah untuk dijangka oleh orang lain, kemudian jangan lupa tulis dalam sekeping kertas dan simpan di tempat yang selamat.
5. Jangan sesekali gunakan Open Network dan WEP semasa setting Wireless Encryption Level.
WEP wireless network merupakan spesies wifi paling lemah dan senang untuk kena hack. Lagi pun kalau korang search kat google, korang akan dapati banyak sangat tools dan tutorial crack WEP password dan hack wep password dalam dunia maya ni. So saya cadangkan agar korang set Wireless Encryption Level wifi korang kepada WPA2 (AES/TKIP) sebab setakat la ni, WPA2 masih kebal daripada tools yang hackers gunakan untuk hack wifi. Tak percaya? Cuba google di internet dengan kata kunci crack wpa, jumpa tak jumpa? :)
Lepas ni kalau masih ada lagi yang boleh curi password wifi korang, apa kata campak je wifi tu dan ganti cara tradisional pula, kabel LAN. Confirm wireless korang tak kena curi. Ye dak.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts