JITRA - Seorang anggota polis bertindak memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesalahannya menampar muka seorang pelajar di Sekolah Menengah Tanjung Pauh kepada bapa mangsa di sini, semalam.
Dalam laporan Sinar Harian 12 Mac 2011 lalu, pelajar berkenaan ditampar anggota polis itu gara-gara ingin menyelamatkan seorang rakan dari dituduh melakukan kesalahan.
Dalam kejadian yang berlaku di tempat letak kenderaan selepas tamat waktu persekolahan kira-kira 1.30 petang, bapa pelajar Ainol Anwar Ahmad, 42, mendakwa anaknya Muhammad Danial, 17, ditampar seorang anggota polis yang lengkap beruniform tanpa sebarang sebab.
Ainol yang juga guru kaunselor di sekolah berkenaan berkata, sebelum ditampar, Muhammad Danial sempat menghubunginya memaklumkan hasrat bagi menyelamatkan rakannya itu.
“Saya sedia menerima permohonan maaf itu atas dasar perikemanusiaan kerana dia mengakui kesalahannya.
“Bukan berniat untuk memalukannya tetapi saya ingin menebus kembali maruah anak saya selain ia juga menjejaskan reputasi saya sebagai seorang kaunselor di sekolah itu,” katanya dalam sidang media yang diadakan di hadapan sekolah berkenaan.
Menurutnya, permohonan maaf itu dilihat adalah jalan penyelesaian sebaik-baiknya.
“Saya berasa lega selepas dihubungi rakan mengenai hasrat anggota polis itu yang ingin memohon maaf secara terbuka dan menyambut baik hasratnya untuk berdamai.
“Saya harap perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan kami menghormati tanggungjawab anggota polis. Lokasi itu dipilih berikutan kejadian turut berlaku di tempat yang sama,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Danial berkata, kejadian itu memberikan kesan buruk kepadanya kerana sering diejek oleh rakan-rakan yang melihat kejadian pada waktu itu.
Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama rakan baru selesai menghadiri latihan bola sepak dan dia ditampar ketika cuba menerangkan perkara sebenar kepada seorang guru bagi menyelamat rakannya daripada dituduh melakukan kesalahan.
"Pada mulanya, saya agak trauma dan malu apabila ditampar kerana pada waktu itu ramai waris yang hadir untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
“Bagaimanapun, saya berasa lega dengan permohonan maaf terbabit, saya yakin jika kita tidak melakukan sebarang kesalahan, satu hari kebenaran itu akan terbukti juga,” katanya.
KUBANG PASU 1 Okt. - Setelah lebih setahun seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Tanjong Pauh di sini ditampar polis, anggota itu tampil hari ini untuk memohon maaf di atas perbuatannya.
Dalam kejadian berlaku Mac tahun lalu, anggota itu dikatakan menampar
Muhammad Danial Ainol Anwar semasa mangsa cuba menyelamatkan rakannya
yang dituduh melakukan kesalahan untuk dibawa berjumpa Guru Penolong
Kanan sekolah itu.
Anggota tersebut secara kebetulan berada di pekarangan sekolah kira-kira pukul 1.30 petang.
Bapa mangsa, Ainol Anwar Ahmad, 43, berkata, permohonan maaf itu
disampaikan oleh anggota tersebut kepadanya sambil melahirkan rasa
kesal.
"Saya sedia menerima permohonan maaf itu dan harap kesilapan sama
(menampar) tidak berulang kepada orang lain," katanya ketika ditemui
pemberita di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment