Friday 5 October 2012

Hospital Keretapi Kazakhstan



Di Kazakhstan terdapat perkhidmatan hospital bergerak yang menjelajah seluruh negara dan memberikan perkhidmatan perubatan kepada rakyat luar bandar. Perkhidmatan hospital bergerak ini dimulakan pada tahun 2010 dan berfungsi selama 11 bulan setahun. Di seluruh Kazakhstan terdapat 3 set hospital keretapi sebegini. Setiap hospital terdiri dari 8 gerabak dimana 4 daripadanya menjadi hospital dengan 17 bilik yang dilengkapi pelbagai kemudahan perubatan. Terdapat kelengkapan X-ray, pembedahan kecil dan juga klinik gigi di dalam hospital ini.Dua gerabak lagi menjadi tempat tinggal , sebuah gerabak ruang makan dan sebuah gerabak generator elektrik. Pekerja hospital bergerak ini digantikan setiap dua minggu.

Kami tak pasti sama ada di Malaysia terdapat hospital keretapai sebegaini. Yang pasti semasa kami kecil ada klinik gigi bergerak di sekolah.




Laporan asal VoxPopuli

No comments:

Post a Comment

Popular Posts