Tuesday, 30 October 2012

Medan selera kurang 'selera'


Medan selera kurang 'selera'
Mutalib menunjukkan keadaan longkang yang tidak bersih.
JITRA - Kebanyakan peniaga yang masih beroperasi menjalankan aktiviti perniagaan mereka di Medan Selera Jalan Protokol berhadapanTenaga Nasional Berhad (TNB) terkilan dan kecewa kerana medan berkenaanseolah tidak diendahkan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP).

Tinjauan mendapati keadaanmedan selera berkenaan kelihatantidak teratur walaupun masih berpenghuni.


Pesara, Halid Hanafi, 66, berkata, keadaan medan selera itu kelihatantidak terurus dan mencacatkan pandangan pengunjung yang hadir.


Menurutnya, kebanyakan peniaga di medan ini menjalankan perniagaan makanan dan perkara itu menimbulkan masalah kerana keadaan yang tidak bersih menjejaskan pendapatan peniaga.


“Mana-mana pengunjung semestinya memilih tempat terlebih dahulu untuk menjamah makanan tetapi sekiranya keadaan tidak bersih ia membantutkan keinginan mereka.


“Memandangkan medan berkenaan di bawah milikan pihak terlibat, penyelenggaraan terhadap kebersihan  dan keadaan medan perlu dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian.


Katanya, bukan sahaja keadaanmedan itu teruk malahan tandas awam berhampiran turut berlaku keadaan yang sama sehinggakan dia bertindak mengambil inisiatif sendiri bagi menyelesaikan perkara itu.


“Pemantauan terhadap tandas awam itu perlu dijalankan pihak terlibat, cukuplah hanya sekali dalam masa dua mahupun tiga bulan bukannya hanya semata-mata mengharapkan pekerja yang dilantik dan gerai saya adalah yang terdekat dengan tandas itu.


“Kadang-kadang ada pengunjung yang datang dan kebanyakan tidak berpuas hati dengan keadaan tandas berkenaan,” katanya.



Gesa segera lantik kontraktor


PENIAGA, Mutalib Kassim, 49, berkata, keadaan yang berlaku di medan itu seolah-olah kelihatan tidak mendapat penjagaan oleh pihak terlibat.


Menurutnya, beberapa aduanberhubung perkara itu turut dijalankan supaya penyelenggaraan sepenuhnya terhadap medan itu dilaksanakan dengan sempurna namun tiada tindakan diambil.


“Kebersihan terhadap premis yang menjalankan perniagaan makanan memainkan peranan penting kepada peniaga di sini. Jadi, pihak terlibat perlu melantik kontraktor ataupun melaksanakan pembersihan di medan ini bagi membolehkan orang ramai datang seperti sebelumnya.


“Penambahbaikan diperlukan segera daripada aspek susun atur terhadap medan selera itu dan tandas awam berhampiran untuk keselesaan terhadap pengunjung,” katanya.


Katanya, sekiranya perkara itu tidak diselesaikan segera ia menambahkan kerugian kepada peniaga di situ yang mana bilangan pengunjung dilihat semakin berkurangan.


“Sebagai cadangan, pihak terlibat seharusnya membuat penilaian semula untuk seragamkan kelengkapan kemudahan di sini supaya kunjungan orang ramai bertambah memandangkan medan itu berpotensi untuk maju,” katanya.



Sedikit gerai beroperasi


PENGUNJUNG, Farizal Zainal Abidin, 33, berkata, jika hendak dinilai daripada aspek susun aturnya, medan itu kelihatan tidak kemas berbanding dulu.


Menurutnya, hanya beberapa gerai sahaja yang masih menjalankan operasi setiap hari dan menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli makanan.


“Saya kerap datang sini. Hanya ada beberapa gerai sahaja yang beroperasi menjalankan aktiviti perniagaan mereka.


“Disebabkan keadaannya dilihat kurang kekemasannya, penambahbaikan terhadap medan itu perlu dilaksanakan segera terutamanya perkhidmatan tandas awam yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.



Perlu maklum segera


SEMENTARA itu, Ketua Whip Ahli Majlis MDKP, Basir Ismail berkata, sekiranya peniaga-peniaga di medan selera itu mendapati kemudahan infrastruktur berkeadaan sebegitu mereka perlu memaklumkan segera kepada pihak pentadbirandi MDKP.


Katanya, memandangkan peniaga medan selera itu adalah di bawah seliaan MDKP, mereka akan diberi keutamaan kerana setiap bulan kadar sewa yang dikenakan dibayar oleh mereka.


“Saya yakin terhadap pentadbiranuntuk menyelesaikan perkara itu dan menjalankan siasatan terhadap permasalahan ini supaya peniaga dapat menjalankan perniagaan dengan selesa.


“Oleh itu, kepada peniaga yang terlibat dalam permasalahan itu perlu membuat aduan rasmi terlebih dahulu supaya dapat diselesaikan segera,” katanya.


Menurutnya, sekiranya aduanyang dibuat itu tidak mendapat maklum balas daripada pentadbiran, mereka perlu memaklumkan kepada mana-mana Ahli Majlis supaya masalah itu dapat diatasi.


“Sedaya upaya kami akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih itu supaya diselesaikan segera dan saya memohon kepada peniaga supaya memahami kerana perlaksanaan itu memerlukan proses yang tertentu bagi membolehkan perniagaanmereka dijalankan dengan selesa,” katanya.


Difahamkan, medan selera terbabit mempunyai 18 gerai yang mana hanya tujuh gerai sahaja beroperasi memandangkan keadaannya tidak menarik minat pengunjung dan peniaga turut kecewa kerana tidak mendapat keistimewaan walaupun mempunyai lesen oleh pihak terlibat.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts