Tuesday, 2 October 2012

Exhibitionist Bogel Di Depan Umum..


EXHIBITIONIST adalah perilaku sexual menyimpang yang di alami oleh seseorang lelaki atau perempuan. Orang, dengan kelainan ini biasanya suka mempamerkan organ sexualnya di hadapan orang ramai. Kelainan ini akan bertambah parah dengan suasana lingkungan seseorang.. Lengkungan yang lebih toleransif terhadap kebebasan berperilaku seseorang. Kebebasan yang sebenarnya ke'babas'an.

Apakah lingkungan begitu sudah mula berangsur-angsur wujud di Malaysia? Kerana Malaysia antara negara pengagung negara-negara barat, walaupun yang buruk-buruk seperti budaya lucahnya? Apalagi kalau dilihat 'lucah' itu dari sudut tidak solidnya 'tutup aurat'?

Barat memberikan kebebasan kepada warganya berexpresi, menyebabkan perilaku ini banyak terlihat bersepah-sepah di dalam masyarakat. Kekadang kita terkejut lihat orang telanjang di tempat awan.. yang kini sudah terbiasa dan tidak terkejut lagi.

Gejala awal dari kelainan 'exhibitionist' ini adalah seseorang akan merasa puas jika bahagian-bahagian tubuh sensitifnya dilihat orang atau 'tabarruj'... walaupun dalam keadaan berpakaian. Maka lahirlah 'berpakaian tetapi telanjang'. Untuk itu kadang orang-orang ini lebih suka mengenakan pakaian begitu, yang akhirnya jadilah 'bertelanjang tapi berpakaian' atau tidak berpakaian langsung..

 

 
 
 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts