Friday, 26 October 2012

Nasihat & teguran buat Dr MAZA.


Oleh: elharaki

"Berdasarkan kritikan Dr MAZA yang mencuba menyamakan kepimpinan Ulama’ dalam PAS dengan kepimpinan Ayatullah dalam syiah adalah tuduhan yang sangat berat yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat awam di Malaysia dalam menilai kewibawaan para Ulama’ dalam memimpin ummah, maka teguran serta nasihat perlu ditujukan kepada golongan seperti Dr. MAZA dan yang lain bagi mengelakkan mereka tergolong di dalam golongan yang memusuhi orang-orang beriman dan Islam itu sendiri.
Dr Fathi Yakan di dalam kitabnya menggariskan dan menghuraikan beberapa golongan yang memusuhi orang beriman di dalam tulisannya iaitu:

1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

Perlu kita sedari PAS bukan hanya sekadar Parti Politik semata-mata tetapi adalah Harakah Islamiyyah yang berusaha untuk menegakkan ketinggian Islam dan kita perlu jelas bahawa musuh Islam akan berusaha untuk mematahkan usaha ini. Saidina Umar R.A pernah berkata:

“tiada Islam melainkan adanya Jamaah, tiada Jamaah melainkan adanya pimpinan, dan tiada pimpinan melainkan adanya taat”

Maka untuk meninggikan Islam perlunya adanya Jamaah Islam yang dipimpin oleh golongan yang memahami Islam dan mempunyai anggota yang mampu memberi taat & wala’ kepada pimpinan tersebut. Lihatlah realiti yang berlaku di dalam PAS sekarang bagaimana perancangan musuh Islam dari luar dan dalam PAS menjalankan perancangan berperingkat dalam merosakkan ahli PAS sehingga tidak mampu memberi taat & wala’ kepada kepimpinan utama PAS.

Justeru kita akan melihat serangan kepada kepimpinan Ulama’ PAS adalah serangan yang akan berterusan dari musuh-musuh Islam kerana para Ulama’ adalah merupakan benteng terakhir untuk mempertahankan perjuangan Jamaah Islam yang diwarisi dari zaman Nabi S.A.W., maka nasihat dan teguran perlu diberikan kepada golongan ini agar mereka tidak menjadi boneka kepada musuh Islam dalam menghancurkan Islam itu tanpa disedari. Renungilah firman Allah S.W.T
159. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

160. kecuali orang-orang Yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (Apa Yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
( Surah Al-Baqarah )


Kebebasan bersuara dan mengkritik dibenarkan dalam Islam tetapi jika hasilnya menatijahkan kerosakkan kepada Islam maka bertanggungjawablah di hadapan Allah S.W.T kelak.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts