Thursday 4 October 2012

Bolasepak Kedah menanti kedatangan semula Nelson..


Mungkin ramai telah terbaca akan emel yang diterima Azraai Khor dari Nelson. Admin mengharapkan usaha membawa semula beliau ke bumi Darul Aman menjadi kenyataan. Admin juga secara personal dihubungi Nelson dan beliau sememangnya mahu kembali ke Kedah. Walaupun diasak beberapa kali sama ada Kedah pilihan utama, beliau lantas menegaskan Kedah adalah pilihan utamanya tidak kira apa pun berlaku. 

Sambil menyatakan umur beliau yang sudah berusia 32 tahun dan sedikit gusar, itu bukanlah penghalang kerana Marlon telah membuktikan umur bukan satu faktor untuk cemerlang. Tambahan beliau, permainan beliau masih sama dan bebas dari kecederaan buat masa ini. Kontrak beliau bersama Bernechea FC Chile akan tamat hujung bulan ini dan diharapkan KFA segera merealisasikan kepulangan beliau. 

Lakukan apa sahaja untuk pastikan beliau kembali!

Sudah tentu semua peminat hijaukuning ternanti-nanti dengan ketibaan beliau!

Sama-sama kita nantikan perkembangan beliau di Hijaukuning.Com.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts